CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-tiba Menghilangkan Diri Berbulan-bulan, Wanita Dapat Surat Cerai Daripada Suami Kerana ‘Terlalu Baik’

13-7-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1257| Komen: 6

Selepas berbulan-bulan menghilangkan diri secara tiba-tiba, seorang lelaki mengirim surat perceraian kepada isterinya, lapor Wolipop.

Kisah sedih itu diceritakan wanita dari Indonesia itu, Suryani Wahyu Lestari menerusi hantaran di TikTok.


“Berkahwin pada 24 Januari 2021 sebelum gagal (dalam perkahwinan) pada 2023. Pada awal perkahwinan, kami baik-baik sahaja dan dikenali sebagai pasangan romantis.


TikTok

“Suatu hari, ada sesuatu berlaku membuatkan saya  amat kecewa. Namun, saya masih memaafkan dia demi mempertahankan rumah tangga,” ujar Suryani.

Suami wanita itu mula hilang selepas dia keluar dari rumah mereka dengan alasan mahu menguruskan tanah milik pelanggannya.

“Katanya hanya sehari, namun masuk hari kedua, dia masih belum pulang. Saya hubungi ramai orang, namun semua tidak tahu keberadaannya.

“Hari ketiga dia hilang, saya membuat laporan polis. Saya pergi ke balai polis sambil menangis kerana kehilangan suami,” jelas Suryani.


Tambahnya, apa yang menghairankan dia adalah akaun media sosial suaminya masih aktif, yang membuatkan dia meninggalkan pesanan video kepada lelaki itu.

Namun, usaha Suryani sia-sia kerana suaminya tidak memberi sebarang maklum balas.

Selepas hilang selama beberapa bulan, Suryani akhirnya menerima khabar berita daripada suaminya. Lelaki itu mengirimkan surat memberitahunya  hasrat untuk bercerai.

“Surat itu hasil tulisan tangannya sendiri. Katanya, dia mahu menceraikan saya dan tidak mahu bersama lagi kerana saya terlalu baik untuk dia,” ujar Suryani.



Tambah wanita itu lagi, mereka kini  sah bercerai dari sudut  agama, namun dia membuat keputusan mahu menyaman bekas suaminya kerana bertindak demikian. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 13-7-2023 07:21 PM
bangsa friska mmg le gitu... niway ni berita caprutttttttttttt
Quote OshinDaSolja 13-7-2023 09:35 PM
pulak dh... terlalu baik pun salah ke...tok laki engko ni  nk yg mcm mna... ke ada something ni...
Quote matjerk 14-7-2023 08:27 AM
OshinDaSolja: pulak dh... terlalu baik pun s ...

Gay, pemabukan barang kali.... atau ketika ngeseks dia mahukan isteri melayan seperti whore.. tp isteri x pandai buat... sbb tu dia ada mentioned yg dia kata suami dia kecewa... isteri yg baik begini mmg x menyelerakan suami..
Quote sara_thrash 14-7-2023 09:11 AM
kecewa ke apa tak payah la lari mcm takde telur. buat org tu tertanya-tanya salah apakah yg dah dia lakukan. harap c perempuan tu menang saman nanti
Quote tumpanglalu74 14-7-2023 09:25 AM
Don't mix.  Hubungan hancor bila mula buad konten kan?  Mungkin dia expek ko secantik influencer2 lain baru dia bangge nak tunjok muke sebelah ko.  Gitu ye tuan2 & puan2.  Makhlok bernama zantan atas mukebumi ni memang spesis tak sadar diri..  Impikan Miss World jadik bini tapi poket kosong.  
Quote Thunderclouds 14-7-2023 09:48 AM
Bukan CI ni vaviii

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.040016 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top