CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ada Yang Korek Cari Muka Saya' - Anak Tiri Mona Fandey Kesal Ada Pihak Buat Hidupnya Tak Tenang

13-7-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1129| Komen: 6

Berikutan perkongsian video temu bual live bersama anak Mona Fandey dikenali sebagai Man baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk media mengambil kesempatan untuk mencari maklumat peribadinya.

Menerusi video dikongsikan TikToker Dya Mohamad, Man kecewa sesetengah pihak tidak menghormati privasi diri dan keluarganya.


The Star

Jelasnya, dia setuju membuat video live bersama TikToker berkenaan kerana mahu menjelaskan hal sebenar.

"Korang nak apa sebenarnya dan nak tahu apa sebenarnya? Ada orang curi tajuk, ada orang curi video. Rasa tak berdosakah yang curi video dan ubah tajuk..macam tak nak tengok saya ini hidup tenang.

"Saya cuba betulkan keadaan supaya anda semua tidak berdosa dan saya pun tak memihak kepada mana-mana pihak, saya cerita apa yang saya tahu," ujarnya.



Lebih dikesali apabila ada pihak cuba 'mengorek' bagi mendedahkan wajahnya kepada umum.

"Ada yang sampai korek nak cari muka saya, nak sangat tengok muka saya kenapa?

"Saya tak puas hati ada orang keluarkan muka saya. Orang tak kenal pun kalau saya tak mulakan jadi orang bercerita pun melalui penceritaan saya juga.

"Kalau keluarlah gambar saya, saya tak halal siapa yang post atau post yang Dya punya ubah tajuk atau ubah jalan cerita sampailah dia datang berdepan minta maaf," tegasnya.



Dalam masa sama, dia bersyukur isteri dan keluarga mentua menerima dirinya seadanya walaupun sering dihimpit pandangan negatif orang sekeliling. 

Dalam video terdahulu, Dya turut mempersoal tindakan ramai pihak mencuri videonya tanpa meninggalkan kredit kepadanya, jauh sekali untuk meminta izin. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 13-7-2023 06:49 PM
Pernah tengok muka ank MF ni.. handsome laa dulu masa teens..la ni xtau la kalau dah berumoq dok handsome lg ka dak
Quote Tinot7 13-7-2023 06:56 PM
Apa rupa dia?
Quote gekkou 13-7-2023 08:11 PM
x kenal pun sapa anak dia
tiba muncul
Quote sharlenetexas 13-7-2023 08:14 PM
Warden wanita pakai skirt ke?

Masa 90s dulu pernah tgk tentera wanita pakai skirt lepas tu semua pakai seluar.
Quote matjerk 14-7-2023 08:30 AM
orkid_amani: Pernah tengok muka ank MF ni.. ...


Anak MF ke anak tiri MF?  Setahu aku anak kandung dia pmpuan
Quote FOTHER-MUCKER 14-7-2023 08:38 AM
Berharap hantu hantu sihir sihir yang bergentayangan tu pergi cari penyebar fitnah dan manusia yang suka jaga dalam seluar dia!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.027798 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top