Bermula dari pertanyaan mengenai pemakaian pendakap gigi, seorang wanita secara tidak sengaja mendedahkan tentang penyalahgunaan dana bagi tuntutan perubatan dan rawatan. Video berdurasi seminit yang tular di TikTok itu menunjukkan perbualan seorang wanita bersama rakannya yang didakwa merupakan penjawat awam.
Berdasarkan butiran perbualan tersebut, rakannya mendakwa menggunakan faedah yang disediakan di tempat kerjanya untuk tujuan rawatan pendakap gigi. "Majlis punya panel kan banyak, aku manfaatkanlah ke demam ke apa semualah," katanya. Bagaimanapun, dia mengakui rawatan pendakap gigi dikategorikan sebagai kosmetik pergigian dan sepatutnya tidak layak mendapat manfaat itu. "Braces sepatutnya tak dapat, tapi aku 'kawtim' dengan doktorlah," katanya lagi. Dia kemudian terkejut sebaik diberitahu perbualan mereka dirakamkan. "Setiap kata-kata kau tu semua dah masuk dalam ni (rakaman). Kau 'kawtim' dengan doktor, kau salah gunakan peruntukan majlis.
"Nak cantik guna dana kerajaan," kata rakannya menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Wanita bertudung itu nampaknya tidak mempedulikan kesan daripada pendedahannya itu. "Ah biarlah," ujarnya dalam perbualan yang disambung dengan gelak tawa. Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan dakwaan wanita tersebut. "Habis la kawan kena tindakan tatatertib. "Halal haram belakang cerita, janji ikut trend pakai braces. "Tapi itulah... ingatlah tiada keberkatan. Jangan sampai gigi tu jadi lain macam sudahlah. "Maaf, tapi memang tak rasa bersalah ke guna duit kerajaan yang datang pun daripada duit rakyat bayar cukai dan segala benda lah," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Kitty_catz replied at 13-7-2023 07:05 PM
abes korang ingat hat bertudung litup, berseban kat kepala tu kompom warge syorge ke?
kalu tak, tak ...
midori888 replied at 14-7-2023 09:10 AM
Yg dia buat tu salah...tp yg meols curious is kawan yg rakam tu ..jenis kwn yg nak jatuhkan kwn... ...
Firenzza replied at 14-7-2023 09:15 AM
Rakam demi content....yg salah CS tu klau dia x volunteer cite xde sepa tahu....lg pun dia mmg x k ...
midori888 replied at 14-7-2023 09:10 AM
Yg dia buat tu salah...tp yg meols curious is kawan yg rakam tu ..jenis kwn yg nak jatuhkan kwn... ...
Kitty_catz replied at 15-7-2023 05:08 PM
ekecli sis.. jaman la ni dgn segala mala boleh rekod... smorang pun kita tabuleh perchaya.. kecua ...
ADVERTISEMENT