Tular video momen bakal pengantin perempuan disarungkan cincin secara santai oleh bakal kakak ipar di sebuah kedai makan yang terletak di Puncak Alam. Berlangsung dalam suasana relaks dan bersahaja, video perkongsian @aidadaud7 ini menunjukkan bagaimana seorang wanita dipanggil Kak Long merisik bagi pihak adik lelakinya sebelum bertindak menyarungkan cincin ke jari gadis itu.
"Alhamdulillah, selesai tugasan Kak Long lamar bakal isteri untuk adik kita," tulisnya di ruangan kapsyen. Dalam video berdurasi 22 saat itu, dapat dilihat ibu dan bapa kepada gadis tersebut turut berada di meja makan dan duduk di sebelah Kak Long. Disebabkan upacara merisik berlangsung tanpa protokol, ibu kepada gadis berkenaan hampir menyarungkan cincin di jari anak perempuannya sendiri. Menyedari perkara itu, Kak Long segera mengambil alih 'tugas' menyarungkan cincin.
Kelihatan hubungan mereka begitu akrab dan mesra kerana masing-masing tidak kekok dalam pertemuan tersebut. Malah, gadis berkenaan juga nampak begitu gembira dan teruja sewaktu menghulurkan jari untuk disarungkan cincin merisik. Dalam pada itu, tindakan bakal kakak ipar gadis tersebut yang sempat memberi 'amaran' awal kepadanya menjadi perhatian ramai. "Kahwin elok-elok, kalau gaduh aku 'rembat' kau," ujar Kak Long bersahaja, dengan nada bergurau. Semua yang berada di kedai makan itu ketawa mendengar gurauan itu dan 'amaran' itu bagai disambut baik oleh ibu bakal pengantin. Malah, rata-rata netizen memuji hubungan erat dan kesederhanaan upacara merisik yang dipaparkan dalam video itu. Sumber: mStar
|
midori888 replied at 14-7-2023 08:14 AM
lamar anak dara org kat kedai mkn? how unclassy...
liyamariska replied at 17-7-2023 02:57 AM
tu yg ai terpikir bukan nk melamar anak dara org ni biasanya buat kt rumah pihak pompuan ataupun a ...
ADVERTISEMENT