|
Di Facebook, seorang bapa dikenali sebagai Amirul meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang kaedah mendidik anak-anaknya. "Anak aku tiga orang. Aku akan hukum anak sulung aku kalau adik-adik dia buat hal. Alasan sebab tak pantau adik dia. Kalau kali kedua adik dia buat lagi benda sama. Baru aku hukum pula dua-dua beradik.
"Hukuman aku simple hanger kat tapak tangan je tapi tak kuat. Ini mak aku ajar, sebab nak latih mentaliti leadership dekat si abang untuk sayang dan jaga adik-adik dia," ujarnya. Dakwa Amirul, cara tersebut turut dipraktikkan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mana ia dianggap sebagai kaedah efektif dalam mendidik anak-anak. "Cara ni diterap juga masa aku PLKN dulu-dulu. Kalau satu anak buah buat hal, ketua skuad kena lompat bintang seratus kali depan anak buah dia.
"Sebab tanggungjawab bangunkan mereka pagi-pagi dan make sure semua ada atas padang kawad atas bahu ketua skuad," ujarnya. Menurut Amirul, dia juga percaya kaedah mendidik orang Asia lebih baik berbanding amalan di negara barat dan ia terbukti berkesan dalam keluarganya. "Tapi cara ni memang berkesan so far. Abang dia memang takut dengan aku lagi-lagi kalau ayah dia ni ada duduk dalam rumah. Diam terus. Kalau ayah dia keluar baru dia berani nak nakal dengan mak dia. Langsung buat pekak suruh mandi buat tak tahu je. "Tak payah ikut sangat cara mat salih tu nak explain bagai consequences dan sebagainya. Naik lemak aje budak-budak, mereka rebel nanti. Asian parenting is the best," ujarnya. Tambah Amirul, dia juga pernah membenci bapanya kerana dididik dengan cara itu, namun kini menyedari keberkesanannya dalam membentuk disiplin anak-anak. "Dulu aku benci bapa aku sebab buat macam kat aku. Dah ada anak sendiri baru aku faham kenapa. Dynamic role ibu dan bapa kena begitu, bapa-bapa akan main watak penjahat (villain) walaupun anak benci dia tapi dia tak kisah dan berkorban dibenci. "Satu hari dia ada famili dia fahamlah sendiri," ujarnya lagi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. Bagaimanapun, ada netizen yang tidak setuju dengan kaedah yang diamalkan oleh Amirul. Sumber: mStar |
CiliPadiSedap replied at 15-7-2023 10:12 AM
weapons parent asia :
selipar jepun

lightheaded67 replied at 15-7-2023 01:17 PM
terpaling bapak, anak ko dh dewasa bru sembang kongsi parenting tips lah, dah besar besok bru tau di ...
ledigugu replied at 15-7-2023 04:26 PM
1. Adik buat hal, abang kena tanggung akibat. Tolong ingat ye, anak2 ni ada yg pandai manipulate. Di ...
"Dulu aku benci bapa aku sebab buat macam kat aku. Dah ada anak sendiri baru aku faham kenapa. Dynamic role ibu dan bapa kena begitu, bapa-bapa akan main watak penjahat (villain) walaupun anak benci dia tapi dia tak kisah dan berkorban dibenci.
ledigugu replied at 15-7-2023 04:29 PM
I feel your pain. Sbb iols pun dididik mcm ni. Bezanya bukan iols kena sorang. Tapi semua kena sek ...
midori888 replied at 15-7-2023 06:38 PM
agreed...patut ajar semua anak2 bertanggungjawab atas diri masing2....
lightheaded67 replied at 16-7-2023 08:33 AM
iya kaka, sbb bila dh dewasa kita pun taktau masa depan anak2, ajar anak boleh jaga diri masing2, ...
midori888 replied at 16-7-2023 08:37 AM
kesian anak sulung dia, dpt bapa bodoh mcm tu...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-3-2026 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.095761 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.