Emma Maembong memutuskan untuk tidak terlalu aktif berkongsi aktiviti harian di laman sosial gara-gara pernah dikecam disebabkan tak berpantang selepas bersalin. Menganggap netizen mengambil berat tentang dirinya, Emma berkata dia memilih untuk perlahankan perkongsian di laman sosial kerana tidak mahu menganggu ketenteraman orang lain.
“Sejak kebelakangan ini, banyak cerita mengenai saya selepas bersalin… benda viral yang saya tak nak pun. Saya bukan nak cipta sesuatu yang viral. “Jadi, kalau dengan post aktiviti harian saya buatkan ramai Malaysia atau netizen tak senang sehingga jadi viral, saya tak nak cipta benda yang kontroversi dan viral. “Sebab itu saya dah jarang aktif di laman sosial… saya tak nak ganggu ketenteraman orang lain. Kang kalau saya post nanti, orang macam ‘Emma kenapa you dah kerja, anak masih kecil’. “Mungkin mereka sayang dan ambil berat fasal saya, sebab itu benda jadi viral. Jadi saya, cuba untuk perlahankan perkongsian di laman sosial,” katanya kepada Gempak.
|
ADVERTISEMENT