CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 2

Kecoh Dituduh Tak Berpantang, Emma Kurangkan Aktiviti Di MedSos Sebab Tak Nak Ganggu Ketenteraman Orang

[Copy link]
Post time 13-7-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Emma Maembong memutuskan untuk tidak terlalu aktif berkongsi aktiviti harian di laman sosial gara-gara pernah dikecam disebabkan tak berpantang selepas bersalin.


Menganggap netizen mengambil berat tentang dirinya, Emma berkata dia memilih untuk perlahankan perkongsian di laman sosial kerana tidak mahu menganggu ketenteraman orang lain.




IG




“Sejak kebelakangan ini, banyak cerita mengenai saya selepas bersalin… benda viral yang saya tak nak pun. Saya bukan nak cipta sesuatu yang viral.


“Jadi, kalau dengan post aktiviti harian saya buatkan ramai Malaysia atau netizen tak senang sehingga jadi viral, saya tak nak cipta benda yang kontroversi dan viral.


“Sebab itu saya dah jarang aktif di laman sosial… saya tak nak ganggu ketenteraman orang lain. Kang kalau saya post nanti, orang macam ‘Emma kenapa you dah kerja, anak masih kecil’.


“Mungkin mereka sayang dan ambil berat fasal saya, sebab itu benda jadi viral. Jadi saya, cuba untuk perlahankan perkongsian di laman sosial,” katanya kepada Gempak.




  



Terdahulu, kakak kepada aktres Chacha Maembong itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.


Dia dilihat selamba duduk bersila dan mendukung anak lelakinya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...
Tak payahlah nak ikut sangat karenah netizen tu...
Siapa mereka untuk menyibuk nak masuk campur uruskan kehidupan peribadi kita ..

Kena buat macam aku ni...
Dah 3-4 tahun lepas punya cerita, baru aku upload video dalam youtube ..


Bukan nak suh orang reramai tengok pun.
Just nak simpan dalam youtube buat kenang-kenangan je pun..
Simpan gambar/video bebanyak dalam fon, berat, tak muat... gitew ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 terpaling pandai jaga kantung peranakan je yang gigih sibuk retis berpantang ke tidak.... Dah masing2 pun buki lobos... Jalan sikit dah terbentan... Elok jahit je terus pakai mesin jahit singer berkali2 sampai jadi corak bunga... Geram iols tengok seko2...

Takpun sumbat je masing2 kat workshop handbag lepastu suruh dia saddle stitchkan buki masing2 macam jahitan handbag hermes...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059828 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list