CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tingkatan Enam Dijenamakan Semula, Kini Kolej Pra-Universiti KPM

13-7-2023 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1015| Komen: 6

Beberapa istilah dalam sistem pendidikan Tingkatan Enam dijenamakan semula Kementerian Pendidikan (KPM) yang berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, Kolej Tingkatan Enam kini dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti KPM dengan jawatan pengetua akan ditukarkan kepada pengarah.



FB

Penjenamaan semula itu turut menyaksikan perubahan bagi istilah guru penolong kanan kepada timbalan pengarah, manakala guru kepada pensyarah dan murid menjadi pelajar.

Menerusi proses sama, katanya, pengarah Kolej Pra-Universiti diberi autonomi bagi pengambilan pelajar Tingkatan Enam secara terus, sekiranya masih terdapat kekosongan.

"Penjenamaan semula ini dibuat dalam usaha memberi peluang kepada murid untuk melangsungkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan KPM akan meneliti kelonggaran syarat bagi kemasukan ke Tingkatan Enam.

"Justeru, KPM merangka strategi bagi pemberian autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam bagi pengambilan pelajar, sekiranya masih terdapat kekosongan.


"Pengarah akan mengenal pasti pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian dan boleh menggunakan kuasa autonomi untuk membuat tawaran sendiri secara terus kepada murid berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), 'Malaysian University English Test' (MUET) serta Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2022 hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi dan Ketua Pengarah Pelajaran, Pkharuddin Ghazali.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Adnan Husin dan Pengerusi MPM merangkap Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-7-2023 06:10 PM
Tingkatan 6 ni helok dibuat sekolah berpusat (memang dah ada tapi tak banyak). Nama pun Kolej Pra U.
Quote orang_kampong 13-7-2023 06:13 PM
dua_chzy replied at 13-7-2023 06:10 PM
Tingkatan 6 ni helok dibuat sekolah berpusat (memang dah ada tapi tak banyak). Nama pun Kolej Pra U.

Setuju sangat2…
Quote aku_blur 13-7-2023 06:18 PM
Tingkatan 6 mode B dan C ni ape cerita
Quote Kitty_catz 13-7-2023 06:26 PM
helok smua jadikan terus je STPM/ form 6 ni.. kamboih je la matriks bagai.. course senang, tak adil

kut tengok entry requirements uni2 oberseas..  STPM ni tak pernah la tak laku.. and grade for grade ye dgn A levels tu std sama je.. kalau stpm A same level dgn A levels A

cuma A levels ada sampai A*, stpm tade

matriks kut uni2  oberseas ranking bawah2 laku la kut.. sbb uni nak international students bayo fee berdentum2
Quote Kitty_catz 13-7-2023 06:50 PM
uh ya ni nak tambah lagi satu.. skang ni nak dapat tajaan susah ye.... kut anak2 xdpt masuk top2 uni.. boleh say baibai la, buat kat mesia je la.. UM pun not bad.. ranking 65 ke mcm gitu... gomen rasa dah tak berdhuet sangat nak taja.. and now tajaan ikut course apa semer bukan cam dedulu, ikut uni saja.. rasa hat course yg graduates lebih dari demand tu deme dah tamo taja yehhh.. contoh accountancy tade tajaan mara dah, law pun tade tajaan mara dah.. ni meols compare tajaan mara saje , hat under jpa tu tak termasuk, atau yg dpt scholarship lepas spm tu


meols ekceli sokong je mara wtu 2023 ni.. bior le betul2 terrrrrpaling juara je pegi.. hat lelain tu boleh masuk local uni untuk bantu uni2 mesia ni naik  dlm global ranking mcm uni singapork saner.. fyi NUS naik #8 in QS world ranking 2024 yach

ni meols tolong shuap... moga membantu mak pak dan anak2 buat pilihan tepat utk masa depan bershamer shamerr jgn terkejut kut tahun depan lagi sikit list ni sama course ye...atau tade langsung.. perlu diingatkan currency exchange yang palat juga adalah penyumbang utama.. 1 usd = rm4.6 dan 1 gbp = 6 ringekkkkkk

IMG_7391.jpg IMG_7392.jpg IMG_7393.jpg IMG_7394.jpg IMG_7395.jpg



Quote CiliPadiSedap 13-7-2023 06:51 PM
kaka suka masuk matriks sbb dpt duit. kaka mata duitan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048079 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top