Majikan yang curiga pekerjanya yang tidak datang bekerja terkejut apabila menemui lelaki itu berlumuran darah di asrama pekerja di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, petang semalam.
Mangsa berusia 32 tahun yang juga warga Nepal dipercayai dibunuh rakan sekerja sebelum mayatnya ditemui dalam tandas. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah, jam 6.42 petang, sebelum sepasukan polis bersama pasukan forensik ke lokasi kejadian. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan tidak hadir bekerja pada hari kejadian sebelum majikannya ke asrama pekerja bagi mencarinya sebelum menemui mayat lelaki terbabit. "Mayat berkenaan ditemui di tandas di premis itu dalam keadaan tidak berbau dan hasil siasatan turut menemui sebatang kayu dan kabel telefon berhampiran mayat mangsa.
"Susulan daripada maklumat awam diterima, polis kemudian berjaya menjejaki suspek yang juga warga Nepal berusia 20 tahun di sebuah hentian rehat di Pedas Linggi, kira-kira jam 11.30 malam tadi," katanya. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mendapati mangsa dan suspek adalah saling mengenali dan rakan sekerja selama tiga bulan. "Soal siasat awal dijalankan mendapati motif kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dan berdendam dengan mangsa kerana si mati selalu meminjam dan mencuri duitnya selain mangsa turut dikatakan sering lambat membuka pintu. "Selain itu pemeriksaan dijalankan turut mendapati terdapat kesan jerutan pada badan mangsa. "Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Julai, selain itu satu kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian," katanya. Sumber: Harian Metro
|
kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian
Soal siasat awal dijalankan mendapati motif kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dan berdendam dengan mangsa kerana si mati selalu meminjam dan mencuri duitnya selain mangsa turut dikatakan sering lambat membuka pintu.
B40tastePosh replied at 13-7-2023 06:10 PM
Entah kawan tu melancap ke apa...sabor la sikit
ADVERTISEMENT