CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbirat, Badan Luka-luka Murid Darjah 3 Dipukul Ibu Tiri Sebab Tak Faham Latihan

13-7-2023 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2090| Komen: 26

Murid Tahun Tiga cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya kerana tidak memahami latihan yang diajar dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Keadaan mangsa disedari seorang guru lelaki kira-kira jam 8 pagi pada Isnin lalu selepas murid berkenaan mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan di sekolah.



Antara kesan kecederaan yang terdapat pada badan mangsa dipercayai dipukul ibu tirinya dalam kejadian pada Sabtu lalu. - Foto: PDRM

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebaik di periksa oleh seorang guru wanita, mereka terkejut kerana mendapati terdapat kesan lebam teruk dan luka pada beberapa bahagian badan murid berkenaan sebelum membuat laporan polis.

"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat 11 kesan pukulan, lebam dan luka pada badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek.


"Selain itu terdapat juga kesan lebam pada bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam di kedua-dua paha,"katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Baharuddin memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan rotan dalam bilik solat di sebuah rumah akibat gagal memahami latihan yang diajar suspek yang juga ibu tirinya.

Katanya, mangsa juga mengakui pernah dipukul menggunakan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.

Baharuddin berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik hasil perkahwinan bapa mangsa dan arwah ibunya.

"Mangsa mempunyai seorang kakak berusia 15 tahun dan merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

"Kejadian berlaku terhadap mangsa telah dilihat oleh kakaknya sementara ayah mangsa keluar bekerja sebagai pembantu kedai hardware (perkakasan)," katanya.

Susulan itu, Baharuddin berkata, polis menahan suspek berusia 30 tahun yang merupakan suri rumah kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah dan telah di reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Dungun bermula Selasa hingga Jumaat.

"Kita telah mengeluarkan Borang Pol 59 (polis) telah kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Dungun.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 13-7-2023 06:07 PM
Tak leh bayangkan betapa ramainya mak bapak yang kena tangkap sebab rotan anak sampai berbirat kalau zaman dulu pun macam ni.

Btw, kalau kau tu mak tiri, buat cara mak tiri tak boleh nak acah mak kandung, tak boleh over sangat nak disiplinkan anak orang, sebab sentiasa kau akan nampak jahat.
Quote mejaputih 13-7-2023 06:13 PM
sufi^_^ replied at 13-7-2023 06:07 PM
Tak leh bayangkan betapa ramainya mak bapak yang kena tangkap sebab rotan anak sampai berbirat kalau ...

iols dulu penah kena rotan, tp takde la berbirat sampai mcm ni...dan sakitnya tak sampai sejam pastu dah hilang...ni dah teruk sampai sakit budak tu berhari2 ni....
Quote Chah21 13-7-2023 06:29 PM
sufi^_^: Tak leh bayangkan betapa ramai ...

Klu yg mcm tgn tu biasa.. klu yg badan tu mak u pukul mcm tu jgk,mean mak u kejam.. kategori dera dh
Quote zehra2 13-7-2023 06:37 PM
mak kandung dah mati. sampai nya hati. dah ler yg sulung oku. budak je kot. tk pandai pun jgn sampai mencederakan. luka2 mcm tu boleh jd pandai ke?
Quote Skuau 13-7-2023 06:55 PM
ibu tiri kejam..bukan kisah dongengan....rhupanya..
Quote noor2 13-7-2023 06:59 PM
Eh...celaka betulla mak tiri pukul sampai mcm.tu sekali
Quote tungkai 13-7-2023 07:00 PM
Giler la luka sampai camtu..Ko nak membunuh ke apa? Kalau budak tu tak paham, guna approach lain lah. Bukan semua org having the same learning pace..
Quote noor2 13-7-2023 07:01 PM
Adoiii sakitnya tengok belakang budak tu...bahaya betul belakang tang jantung.....tolongla reveal muka mak tiri celaka dan bapak budak ni
Quote sufi^_^ 13-7-2023 08:06 PM
Skuau replied at 13-7-2023 10:55 AM
ibu tiri kejam..bukan kisah dongengan....rhupanya..

Iye, mak tiri jahat ni memang betul2 wujud ye. Paling jadi mangsa biasanya anak2 tiri perempuan, lepas tu menantu perempuan.

Laki2 mati bini yang nak kawen lagi, mohon fikirkan jugak kebajikan anak2.
Kosaba jap tunggu anak2 besar dan boleh berdikari, sekurang2nya dorang tak payah duduk sebumbung at the mercy of the mak tiri.


Quote sufi^_^ 13-7-2023 08:08 PM
Chah21 replied at 13-7-2023 10:29 AM
Klu yg mcm tgn tu biasa.. klu yg badan tu mak u pukul mcm tu jgk,mean mak u kejam.. kategori dera d ...

I agree, yang kat badan tu entah dengan apa dia pukul & entah camana kuat.

kadang2 aku rasa mak tiri ni sebenarnya marah dendam tak puas hati kat laki, tapi lepaskan kat anak2 tiri.
Atau memang menyampah sebab anak2 tiri ni menyibuk je, dah tu jadi beban kat dia kena jaga.
Quote tikusmontok 13-7-2023 08:10 PM
Ada ke mak tiri yg baik?
Quote Chah21 13-7-2023 09:44 PM
sufi^_^ replied at 13-7-2023 08:08 PM
I agree, yang kat badan tu entah dengan apa dia pukul & entah camana kuat.

kadang2 aku rasa mak  ...

Exactly.. i rasa mcmtu la u.. geram kt laki,lepas kt ank tiri.. tp.setengah mak kandung pon lepas kt ank jgk ,luka nmpk mcm ni la.. haih..rasa nk sebat balik pelaku.. ni sebat sekuat tenaga nih
Quote Chah21 13-7-2023 09:51 PM
tikusmontok replied at 13-7-2023 08:10 PM
Ada ke mak tiri yg baik?

Makcik i kira baik x? Sblum jd mak tiri mmg ngasuh budak2 tu 3 org umur 3,2,6 bulan.. asalnya mak budak2  dia suka kluar ngan kwn, letak ank2 rumah tok i.. tok i ni meniaga emas dulu ala2 zhulian rumah ke rumah.. kebetulan mkcik i tu masa ank dara lpas spm gituh cari kerja,dia upah ngasuh cucu bertiga . Dr bertiga smpai 6.. then mak budak2 tu ada problem apa xtaw la cerai la ngan suaminya.. tok i kesian kt budak2 tu ,yg no 6 xsmpai setahun lg.. tok i tanya mkcik nk x jadi mak budak2 tu.. makcik sanggop sbb dh jga dr kcik.. trus kawen duda ank 6.. huhu jga mrh ke apa sama cm ank sniri.. 5y kawen ada ank sniri sama ja layannya..tp tula budak2 dh besar pakat nk balik kt mak.. makcik i call pakat2 xnk jwb.. xtaw krisis apa huhu.. cuma pelik g raya tgok ank jd 3 je,ank sniri 2.. ngan ank tiri no 6 je ada.. rapat ngn adik2.. tp raya taun ni tgok pakat balik dh rumak makcik, mesra dh tgok haa
Quote cmf_premierleag 13-7-2023 10:04 PM
Betina bodoh..ko kawen duda ada anak takkan ko x bersedia nk jaga anak tu
Lenkali pi cari duda takde anak atau yg bujang
Kanak2 bukan lawan ko la sial punya betina
Quote Supersirap 13-7-2023 10:31 PM
Kasihan dengan anak yang selalu didera
Quote hudalarva 13-7-2023 10:56 PM
special place in hell for betina mcm ni... jantan tu masih nk simpan ke betina sial dlm rumahtangga? ke masih sayang masih cinta lepas anak dah kena belasah mcm tu?
Quote allshares 13-7-2023 11:24 PM
Kalau tak kuat sabar tu takyah la nk ngajar budak2. Ko g relax g baca quran ke g tgk tv ke tanam pokok ke. Kan senang hidup ko. Ni tak pasal2 kena msk lokap.
Quote plywood 13-7-2023 11:42 PM
ada masalah jiwa perempuan ni. kena belajar manage kemaharan. masalahnya orang ada masalah ini tak sedar pun pasal masalah dia sendiri
Quote pocongkiutss 13-7-2023 11:42 PM
sufi^_^ replied at 13-7-2023 06:07 PM
Tak leh bayangkan betapa ramainya mak bapak yang kena tangkap sebab rotan anak sampai berbirat kalau ...

Agak2 la - 11 kesan pukulan, lebam dan luka pada badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek.

Kakau mak sendiri buat pun akan dikenakan tindakan..over gila kut..setakat tak paham latihan..bukannya budak tu ber****n dgn laki org mcm birakzar tu mmg kalau iols jd mak dia mmg kena la berbirat aku sebat

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045306 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top