Kehidupan seorang kontraktor musnah gara-gara mengkhianati kepercayaan isteri. Kisah kontraktor malang itu tular selepas ia dikongsi semula oleh rakannya menerusi aplikasi TikTok, pada Selasa.
"Dulunya kawan saya ni seorang kontraktor perumahan yang berjaya. Kebanyakan projek jutaan ringgit dia dapat. Syarikat yang diuruskan bersama-sama isterinya. "Tapi kerana kehadiran wanita yang telah menjadi isteri keduanya, semuanya musnah. Kekayaan yang dimilikinya hilang begitu sahaja," cerita sahabatnya menerusi video TikTok. Kini dia hidup sendirian dan terpaksa bermula semula dari bawah demi mencari sesuap nasi. "Kini dia hilang semuanya dan hidup bersendirian. Kerana seorang wanita dia berjaya dan kerana wanita juga dia hilang segalanya. "Semoga kegemilangan hidupnya kembali," tulis sahabatnya itu. Menerusi video yang dikongsi, kontraktor itu dilihat sedang berdiri di atas kerangka besi sambil membuat kerja-kerja pembinaan sebuah rumah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat pemuda itu dan berharap kisahnya menjadi iktibar kepada orang lain. "Bila ada seorang isteri yang baik, jangan abaikan kerana isteri yang baik punca rezeki sentiasa mengalir seperti sungai yang sentiasa mengalir. "Satu pengajaran penting. Jangan abaikan isteri pertama yang sanggup susah senang bersama-sama sampai berjaya dan kaya. "Kita tak boleh nak elak ketentuan Allah. Bila Allah nak tarik, sekejap je dari senang kita susah," tulis beberapa netizen. Malah, beberapa netizen turut berkongsi kisah serupa yang mana ramai lelaki mengalami kejatuhan dalam kehidupan selepas menduakan isteri mereka. "Bos saya pun ada restoran kerja keras dengan isteri tua. Sekali pasang dua, jatuh terus sampai berniaga kaki lima, hutang Ah Long lagi. "Kawan saya juga macam ni. Kehadiran wanita kedua, habis semua yang dimilikinya. Terus bankrap. "Banyak berlaku begini. Berjaya bersama isteri pertama tapi bila datang yang kedua, yang pertama dilepaskan. Hancur segala kejayaan," tulis netizen lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
Kitty_catz replied at 13-7-2023 09:37 AM
tu pasei ongckp.. di belakan sorang laki berjaya mesti ada sorang wanita
di belakang sorang laki ta ...
gigahertz replied at 13-7-2023 07:04 PM
Ada peribahasa :
Orang perempuan di uji apabila suami tiada apa2
Suami di uji apabila perempuan ti ...
ifanonline replied at 13-7-2023 05:40 PM
sepatutnya menambah isteri ni adalah sunnah nabi...patutnya rezeki bertambah kerana mengikut amalan ...
asmurai replied at 13-7-2023 07:32 PM
tapi semasa dgn Khadijah Baginda tidak berpoligami
pengecatbintang replied at 13-7-2023 05:43 PM
rezeki lebih yg dia dapat tu sebenarnya rezeki isteri pertama n anak2 dgn isteri pertama..
tu sbb C ...
likilu replied at 13-7-2023 08:08 PM
Gitu je dakwah suruh ikut agama cina ek
ADVERTISEMENT