CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Merengek Nak Bercuti Selepas Sehari Nikah- Dah Bawa Pergi Hotel Terus Kunci Suami Dalam Tandas, Lesap Sampai Sekarang

13-7-2023 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1502| Komen: 12

Seorang pengantin perempuan yang dilaporkan melarikan diri selepas sehari melangsungkan pernikahan.

Lagi sadis apabila wanita itu dikatakan turut sempat mengunci suaminya di dalam bilik air sebelum melesapkan diri.


'Drama' pasangan itu menjadi tular selepas satu hantaran di Facebook dibuat oleh Encis Tamba yang mendakwa dirinya merupakan adik kepada suami yang ditinggalkan.

"Kakak ipar saya melarikan diri selepas satu hari berkahwin. Abang saya melangsungkan perkahwinan pada Isnin 3 Julai dengan isterinya. Dan pada Selasa 4 Julai, isterinya melarikan diri," tulis wanita itu dalam satu hantaran pada 12 Julai.

Gambar Hiasan

Kejadian di Samosir, Sumatera Utara, Indonesia itu dikatakan bermula apabila si isteri mengajak suaminya pergi bercuti selepas bernikah dan pasangan itu akhirnya memutuskan untuk bermalam di sebuah hotel.

"Pada pagi Selasa tu isteri abang saya merengek minta keluar berjalan-jalan dengan suami dia. Abang saya ikutkan sahaja, mereka pun pergi sampai ke Tigaras, Indonesia dan bermalam di hotel di sana.


"Mereka tiba pada pukul 6 petang dan sejurus selepas itu abang saya dikunci di dalam bilik air oleh kakak ipar saya," tulisnya.

Lelaki itu kemudiannya cuba menghubungi isterinya berkali-kali tetapi telefon bimbit pasangannya sudah dimatikan dan akaun media sosialnya ditukarkan menjadi mod 'private'.

"Kami sudah pergi ke pihak keluarga isteri untuk mengetahui tentang keberadaan kakak ipar saya tetapi mereka juga tidak tahu-menahu.

"Sudah satu minggu kami cari, kami harap dengan perkongsian maklumat ini, ia dapat digunakan untuk viralkan apa yang berlaku supaya isteri abang saya dapat cepat ditemukan semula," kata wanita itu menutup perkongsiannya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet berasa sedih apabila seorang isteri tergamak mengunci suaminya di dalam tandas dan kemudian melarikan diri.

"Kenapa kejam betul wanita ini meninggalkan suaminya yang baru dikahwini.

"Cuba tengok dekat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mesti boleh nampak siapa yang jemput wanita tu, mungkin dijemput oleh keluarga terdekatnya.

"Setiap insan manusia ada perjalanan hidup masing-masing dengan ujian yang berat," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar/ Okenews

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 13-7-2023 05:24 PM
Citer pelik2 dari negara konoha ni tak payahlah share kat CI ni.
Quote OshinDaSolja 13-7-2023 09:47 PM
pulak dh... mcm2 hal la...  
Quote chilly 14-7-2023 03:34 AM
Nasib baik suami yg ditinggalin tu cerdik. Bawak hp masuk bilik air. Terkesima kite wak. Tahiniah!
Quote green~tea 14-7-2023 04:14 AM
Sapa suruh kawen jantan miskin sangkak?
Quote slyfynx 14-7-2023 07:04 AM
Ni isu semasa ke pun
Quote rosedemon 14-7-2023 08:45 AM
Sial punye binik
Quote tumpanglalu74 14-7-2023 09:31 AM
Memang suke kawen pompuan gile.  Titek.

Quote kucingitam 14-7-2023 10:01 AM
baca sikit, sekali nampak indonesia terus malas baca..hahah
Quote KamikuP 14-7-2023 12:13 PM
Makan apa le gamaknya indon caprut ni samapai tara ni perangai
Quote Firenzza 14-7-2023 12:54 PM
chilly replied at 14-7-2023 03:34 AM
Nasib baik suami yg ditinggalin tu cerdik. Bawak hp masuk bilik air. Terkesima kite wak. Tahiniah!

Pelik la plk bwk hp masuk toilet.....kot2 kantoi bini jumpa sesuatu dlm hp....mcm spare gayah ke....baik cabut dulu sblm kena hiv
Quote tokchik 14-7-2023 01:23 PM
kunci suami dalam bilik air hotel?

setahu aku, kalau hotel yg aku pernah pergi menginap, tak ada nya boleh kunci bilik air daripada luar.

indon nei pelik2 ja
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:47 AM
mcm2 hal pelik2

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.099269 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top