CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipaksa Makan Ayam Dan Kambing Oleh Pemuja Gila Duit, Buaya Suci Mati Sebab Terlampau Gemuk Dan Kenyang Melampau

13-7-2023 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2101| Komen: 33

Seekor buaya diberi makan tak henti-henti oleh penduduk kampung sehingga gemuk melampau kerana dianggap sebagai entiti suci.

Reptilia malang berusia 100 tahun itu akhirnya mati kerana makan berlebihan berikutan ia melahap setiap ekor kambing dan ayam yang dicampak kepadanya.


Metro UK melaporkan ia tinggal di sebuah tempat pemujaan dikenali sebagai Hazrat Khan Jahan Ali di barat daya Bangladesh.

Foto: Metro UK

Pengunjung ke pusat pemujaan itu percaya jika mereka memberi makan kepada buaya berkenaan, ia akan membawa tuah dan kekayaan kepada diri mereka.

Susulan ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan, pengunjung berpusu-pusu menyediakan santapan kepada buaya itu dengan harapan hidup mereka dapat diubah.

Namun begitu, sebaliknya pula yang berlaku apabila buaya itu akhirnya mati kerana menghidapi penyakit berkaitan obesiti.

Foto: Metro UK

Penjaga buaya itu, Mohammed Sarwar, 40, berkata mereka sedar bahawa haiwan reptilia itu diberi makan lebih dari biasa.

"Kami tahu masalah yang bakal dihadapi buaya itu apabila makan secara berlebihan tetapi tidak ada apa yang kami boleh lakukan. Legenda di sini mengatakan siapa sahaja yang memberi makan kepada buaya itu, segala hajatnya akan dipenuhi.

"Kebiasaannya hanya ayam yang diberikan kepada buaya itu, tetapi sejak kebelakangan ini, lebih banyak makanan dalam kuantiti besar seperti kambing yang diberikan kepada buaya itu.

"Kepercayaan mengatakan jika lebih besar makanan yang diberikan, maka lebih besar impian yang boleh dicapai," jelasnya.

Pada mulanya ada empat ekor buaya di pusat pemujaan itu tetapi tiga daripadanya mati kerana sebab sama iaitu penyakit berkaitan obesiti dan kini yang terakhir juga turut maut.

"Jika rakan-rakan buaya itu ada masih ada, makanan yang diberikan secara berlambak dapat dikongsi dan tidak terbeban hanya kepada satu buaya," katanya lagi. - CARI

Sumber: mStarMetro.uk

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-7-2023 04:51 PM
Astaghfirullah...innalillah...gemok gila...
Quote edayildiz 13-7-2023 04:52 PM
arwah mmg mendengar ckp...alfatihah
( dibaca)
Quote KamikuP 13-7-2023 04:53 PM
See.. buaya gundu pun bole mati akibat obesiti.. poor croc.. ekeke
Quote sharlenetexas 13-7-2023 04:53 PM
Boye obese. Tentu ada penyakit tiga serangkai. Tambah pulak dgn sakit jantung dan masalah buah pinggang.


Quote Dzahin_poch 13-7-2023 04:54 PM
Sian nya buya tuuu.. gemok sampai obese mesti sesak napas dlm air tu lemas kan
Quote mamajawie 13-7-2023 04:57 PM
nanti mesti dorang ganti boye baru letak kt situ lak..
Quote sambaldurian 13-7-2023 05:02 PM
Boleh eksport buaya sg rejang kita. Seram buaya sg rejang, serang manusia.
Quote supernaturalee 13-7-2023 05:05 PM
mamajawie replied at 13-7-2023 04:57 PM
nanti mesti dorang ganti boye baru letak kt situ lak..

kt msia ni ramai mama
letak situ mesti deme suka sbb xyah buat pape
keje makan je



Quote selipar_hijau 13-7-2023 05:07 PM
kasihan sampai jadi gemok gedempon mcm tu
Quote kaoru44 13-7-2023 05:17 PM
First time tgok buaya gemuk mcm tu..haihhh..kesiannn..
Quote mizzmimi 13-7-2023 05:20 PM
Besau sangat badan sampai kaki pun tak jejak tanah..
Quote noor2 13-7-2023 07:04 PM
Nama Muhammed tapi percaya syirik
Quote Kitty_catz 13-7-2023 07:19 PM
pesanan untuk acik2 obese kepam putrajaya dan senangkatan dengangyierrrr
Quote helicornia 13-7-2023 08:11 PM
Ya Allah obese buaya tu [em:8:] tp cute la pulak bulat gitu
Quote Tinot7 13-7-2023 08:13 PM
Kali pertama tgk boya obes
Quote dani-rox 13-7-2023 09:26 PM
sampai takda leher... kaki pon tak cecah tanah sbb perut besar sgt, kalau berjalan dah mcm menguis2 sebegitu.
Quote sharlenetexas 13-7-2023 09:32 PM
Kambing tu sembelih, masak, jamu orang miskin makan. Mana tau makin murah rezeki. Bukannya bagi boye obese makan.


Quote antikorok 13-7-2023 09:37 PM
Apa susah, amik jahh boye kat Sarawak dan Sabah banyakk ganas2 lagik lapar selalu asyik sambar orang jahhh
Quote cmf_premierleag 13-7-2023 10:41 PM
Mcm comel la pulak boye debab2 mcm ni..rasa nk bela sekor yg debab je

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063884 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top