CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Pekebun Bakar Lori Sebab Marah Sawit Dicuri

13-7-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 363| Komen: 2

Berang buah sawit di ladang tempat mereka bekerja dicuri empat lelaki, dua pekebun bertindak di luar kawalan dengan membakar sebuah lori muatan sawit di Jalan Parit 5, Sungai Limau, Simpang Renggam dekat sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum itu kejadian tersebut disedari berlaku pada jam 8.30 pagi apabila penyelia ladang masuk ke kawasan ladang dan menemui kesan buah kelapa sawit sudah dipotong.


Sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit curi dibakar di Jalan Parit 5, Sungai Limau, Simpang Renggam, Kluang pada Rabu.

Menurutnya, perkara tersebut kemudian dimaklumkan kepada anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada jam 11 pagi.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang Renggam telah membuat rondaan dan ternampak empat lelaki sedang memunggah buah kelapa sawit dari lori yang terbakar di ladang itu.


"Menyedari kehadiran pihak polis, suspek melarikan diri. Seorang daripadanya berjaya ditangkap dan hasil soal siasat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang berjaya menahan tiga lagi suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bahrin berkata, semua suspek mengaku mencuri buah kelapa sawit dari ladang PPSB Simpang Renggam itu dan semakan ke atas lori berkenaan mendapati milik syarikat swasta yang didaftarkan di Johor Bahru.

Katanya, semua suspek yang bekerja sebagai buruh masing-masing berusia 30-an beralamat di Simpang Renggam dan daerah ini dengan tiga daripadanya mempunyai 21 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine, sementara kerugian dianggarkan RM300 dan polis juga merampas lori dan buah sawit berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, dua pekebun berusia 40 dan 50-an yang membakar lori muatan sawit tersebut turut ditahan.

"Mereka bertindak membakar lori berkenaan kerana marah buah sawit dicuri. Kedua-dua pekebun itu mengakui berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku," katanya.

Tambahnya, semua enam suspek berkenaan ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 14-7-2023 01:05 PM
Apa jadi dgn 2 pekebun tu? Kesian udah kena curi hasil, kena tangkap pulak nk pertahankan hasil
Quote Firenzza 14-7-2023 01:22 PM
Sesuatu… replied at 14-7-2023 01:05 PM
Apa jadi dgn 2 pekebun tu? Kesian udah kena curi hasil, kena tangkap pulak nk pertahankan hasil

Dia mcm ni.....ada 1 kes kt terengganu pencuri tu masuk rumah mangsa & pencuri kantoi lalu dibelasah sampai lunyai teruih kiok. Court putuskan tuan rumah bersalah krn membunuh, so 2 org pekebun ni pun bersalah krn buat jenayah jg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.028910 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top