CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Doktor Panik Macam Saya Nak Mati" - Pemuda ‘Tumbang’ Lepas Main Futsal, Ikut Nasihat Ibu Gigit Kayu Sugi

13-7-2023 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1054| Komen: 5

Kegembiraan bermain futsal dengan rakan-rakan berakhir tragedi apabila seorang pemuda tidak sedarkan diri di gelanggang pada 6 Julai lalu.

Menurut Muhammad Amirul Aiman Zainudin, 23, dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik pada hari kejadian sebelum dimasukkan ke hospital esoknya selepas disahkan mengalami tekanan jantung rendah.


"Ketika main futsal saya rasa tak larat. Masa nak keluar, mata dah kabur. Selangkah jalan terus tumbang ke lantai. Selepas 15 ke 20 minit saya dah okey balik. Selepas itu saya dibawa ke klinik.


TikTok

"Selepas doktor buat pemeriksaan elektrokardiogram (ecg), dia panik seperti saya nak mati, sedangkan saya tak rasa sakit apa. Doktor kata kena pergi hospital pada malam tu tapi saya balik rumah.

"Esok pagi saya sempat pergi kerja sekejap sebelum pergi ke sebuah hospital. Saya terus dimasukkan ke zon merah unit rawatan rapi (ICU) sebab bacaan jantung yang teruk," imbasnya kepada mStar.


Menurut Amirul yang menghisap vape sejak tahun 2018, dia juga pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan jantung rendah pada tahun 2019.

Namun katanya, doktor masih gagal mengenal pasti punca sebenar penyakitnya dan sekadar membuat andaian ia berpunca daripada ketagihan rokok elektronik itu.

"Lepas masuk wad tahun 2018, saya hanya berhenti vape seminggu je. Lepas tu saya hisap balik sehinggalah masuk wad kali ni, barulah saya berhenti betul-betul. Tapi doktor tak boleh sahkan benda tu sebab masih belum jumpa punca.

"Biasanya kalau hisap vape, kesannya pada paru-paru. Tapi paru-paru saya okey. Jadi doktor minta sebulan lagi untuk analisis jantung saya. Tapi doktor memang cakap, sekarang ramai budak muda sakit sebab vape," ujarnya yang bekerja sebagai juruteknik.

Menurut Amirul yang menetap di Bukit Subang, Selangor, dia berdepan kesukaran untuk meninggalkan tabiat buruk itu sehingga terpaksa menggunakan kayu sugi sebagai alternatif.

"Pengalaman ini buat saya benar-benar insaf. Sebab boleh nampak orang meninggal bila-bila masa dalam wad. Baru je berbual, lepas tu orang tu meninggal. Tapi Alhamdulillah saya diberi nyawa untuk kali kedua. Saya discaj selepas tiga hari dalam hospital.

"Mak nampak saya gian sebab tak dapat vape. Saya tanya mak, ada tak apa-apa yang boleh digigit. Mak sarankan guna kayu sugi. Sampai sekarang saya gigit kayu sugi. Kalau tiada kayu sugi, mungkin hancur jari sendiri saya gigit," ujarnya berseloroh.

Amirul turut berkongsi kisah penyakitnya itu menerusi TikTok sehingga ada pihak yang membuat teori bahawa dia merupakan mangsa kepada vaksin Covid-19.



"Saya terlintas nak buat content di TikTok sebab risau kalau saya mati, kawan-kawan ada kenangan untuk ditonton. Tiba-tiba ada yang komen, kata ini berpunca daripada vaksin. Sedangkan saya dah pernah kena macam ni 2019 lagi.

"Selepas itu, ada juga yang komen menakutkan-nakutkan saya, mereka kata saya akan mati dalam dua ke tiga hari. Memang menangis saya baca, tapi saya tetap reply terima kasih.

"Apa-apapun, saya nak sampaikan pesan doktor kepada orang di luar sana supaya berhenti hisap vape.

"Vape ada bahan bahaya yang membuatkan orang muda sakit. Walaupun punca saya sakit belum disahkan, tapi ia mungkin ada kaitan dengan vape," ujar Amirul lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-7-2023 04:57 PM
Bagulsah.. hisap le vape lagi bio betul2 ajal menjemput yaachh
Quote Radzor 13-7-2023 07:18 PM
malam² time rehat.  tayah bersukan sgt
Quote honeybee1802 13-7-2023 08:19 PM
Vape le tu...vape tu dlm bentuk liquid...mungkin penyerapan chemical tu tak nampak kesan kt peparu...tp terus pi jantung ka...maan ke tau...
Quote rudolfo122 13-7-2023 08:55 PM
If you are looking for a great casino in Nigeria, I recommend you go to https://pestcontrol-miami.org/. I have already tried out their service and was pleasantly surprised. Here you will find a huge variety of games for every taste. Plus, you can easily deposit and withdraw your balance without any hassle. I am very satisfied with their service!
Quote plywood 13-7-2023 08:59 PM

Menurut Amirul yang menetap di Bukit Subang, Selangor, dia berdepan kesukaran untuk meninggalkan tabiat buruk itu sehingga terpaksa menggunakan kayu sugi sebagai alternatif.

bukan senang nak berhenti tu





Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.354135 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top