CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Kes Jual Lencana Darjah Kebesaran Di Shopee

13-7-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 384| Komen: 0

Kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran kini dalam siasatan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, siasatan dijalankan susulan satu laporan polis yang diterima berhubung aktiviti itu pada 11 Julai lalu.




Menurutnya, operasi khas akan dilakukan bagi mengesan pihak terlibat termasuk penjual, pembeli dan penggunaan 'emblem' darjah kebesaran itu pada kenderaan tanpa kebenaran.

"Kita dapati set bintang dan lencana darjah kebesaran itu hanya ditawarkan pada harga kira-kira RM1,000.

"Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

"Jika disabitkan kesalahan, individu yang memasang, memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran negeri Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan mereka tanpa kebenaran berdepan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Khamis.

Yahaya berkata, pihak polis menyeru semua pihak mematuhi peruntukan undang-undang berkenaan.

"Mana-mana individu yang telah memasang atau melekatkan lambang atau emblem darjah kebesaran negeri Pahang pada kenderaan tanpa kebenaran dinasihatkan agar menanggalkan segera bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang,"ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.031406 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top