CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hong Kong Haramkan Import Produk Akuatik Jepun Kalau Berdegil Buang Sisa Radioaktif Ke Laut

13-7-2023 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 186| Komen: 1

Import produk akuatik dari Fukushima dan wilayah Jepun lain mungkin diharamkan di Hong Kong jika Tokyo membuang air sisa radioaktif ke laut, kata seorang pegawai tinggi di bandar itu.

Setiausaha Alam Sekitar dan Ekologi, Tse Chin-wan, berkata walaupun air sisa dari loji nuklear Fukushima yang rosak akan dirawat sebelum dilepaskan ke Lautan Pasifik, sebarang kesilapan dalam proses itu akan menjejaskan ekologi dan keselamatan makanan dengan ketara.


"Penilaian kami menunjukkan wilayah berhampiran Fukushima mempunyai risiko yang lebih tinggi, jadi kami kini mengambil cara yang bertanggungjawab untuk penduduk kami.



"Sejumlah 10 wilayah yang terjejas ialah Tokyo, Fukushima, Chiba, Tochigi, Ibaraki, Gunma, Miyagi, Niigata, Nagano dan Saitama," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat.

Gempa bumi dan tsunami besar pada Mac 2011 memusnahkan sistem penyejukan loji nuklear Fukushima Daiichi, menyebabkan tiga reaktor cair dan membebaskan sejumlah besar radioaktif.


Tangki menyimpan air yang digunakan sejak kemalangan untuk menyejukkan teras reaktor akan mencapai kapasitinya pada awal 2024.

Pada tahun 2021, kerajaan Jepun mengumumkan rancangan untuk melepaskan secara beransur-ansur air yang dirawat, tetapi masih mengandungi sedikit radioaktif berikutan pencairannya kepada tahap yang dikatakan selamat.

Minggu lalu, agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan rancangan itu, berkata ia memenuhi piawaian antarabangsa dan tidak membabitkan kepada kesan alam sekitar dan kesihatan.

Rancangan pelepasan air terawat itu menghadapi bantahan daripada

komuniti nelayan tempatan yang bimbang mengenai keselamatan dan kerosakan. Negara-negara jiran, termasuk Korea Selatan, China dan negara-negara Pulau Pasifik, juga membangkitkan kebimbangan sama.

Di Hong Kong, import produk tertentu seperti buah-buahan dan sayuran dari Fukushima kini diharamkan.

Produk lain seperti daging dan ayam dari negara itu dibenarkan masuk sekiranya mempunyai sijil keselamatan bebas radioaktif.

Import produk makanan dari empat wilayah di selatan Fukushima iaitu Gunma, Ibaraki, Tochigi dan Chiba juga perlu disertakan dengan sijil keselamatan.

Tse berkata, pihaknya akan memeriksa dan menyemak data produk yang diimport dan sekiranya selamat, kerajaan akan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-7-2023 04:13 PM
Buat apa makan ikan alien bermata tiga, tumbuh tangan manusia pelbagai, Jepun tuang balik air sisa radioaktif loji nuklear Fukushima ke dalam air laut nak buat Gojira

[youtube]wEEfG2PP6s8[/youtube]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.035864 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top