Tular rakaman menunjukkan seorang pemandu cuba menyeberangi jalan menggunakan jejantas motosikal. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Aman, Senai, Johor pada Rabu itu ternyata menyusahkan penunggang motosikal apabila tidak dapat menuruni jejantas tersebut akibat terhalang oleh kereta terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa pelik dengan kejadian tersebut, namun ada yang terhibur dengan insiden tersebut kerana ia jarang berlaku. "Aku duduk situ dari kecil, sekarang umur 28 first time tengok orang bijak pandai buat u-turn situ," kata Amirul Asyraaf. Tidak cukup dengan itu, salah seorang pengguna Facebook dipercayai penduduk di kawasan mendedahkan ada pemandu kereta kecil menggunakan jejantas untuk menyeberang ke kawasan lain.
"Sebelum ni ada (kereta) Perodua Kancil nak lalu situ juga. Tapi ini kereta besar, Toyota Vios. Macam-macamlah," kata Stey Zivera. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib pemandu tersebut sama ada dia berjaya melintasi jejantas itu atau sebaliknya. Sumber: Majoriti
|
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa pelik dengan kejadian tersebut, namun ada yang terhibur dengan insiden tersebut kerana ia jarang berlaku.
ADVERTISEMENT