Seorang lelaki hilang kewarasan apabila kekasihnya membandingkan dan mengejek isterinya tidak cantik. Dikuasai amarah, suspek yang juga buruh binaan menjerut mangsa yang juga seorang janda dengan antena televisyen.
Tribun News dipetik OHBulan melaporkan mayat mangsa ditemui di rumah sewanya di Desa Bangunsari, Jawa Timur, Indonesia pada 5 Julai lalu. Suspek yang ditahan mengakui membunuh mangsa berusia 24 tahun itu wanita berkenaan sering mengutuk dan mencaci dirinya selain mempersendakan wajah isterinya. "Saya diejek bodoh kerana rupa isteri saya yang dikatakan tidak secantik wajahnya dia," ujarnya. Menurut Timbalan Ketua Polis Madiun, Yulie Khrisna, suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain sejak Disember 2022 menerusi media sosial dan menjalinkan hubungan cinta. Pada 3 Julai lalu kira-kira jam 10 pagi, suspek membunuh mangsa yang sedang berbaring sambil menggunakan telefon bimbit.
Suspek berusia 28 tahun itu kemudian mengambil dompet mangsa yang mengandungi kira-kira 5 juta Rupiah (RM1,550), dua telefon bimbit dan sebuah motosikal. Pembunuhan itu terbongkar apabila penduduk terhidu bau yang sangat busuk dari rumah sewa mangsa membawa kepada penemuan mayatnya dalam keadaan tangan dan kaki terikat dengan tali kabel antena televisyen. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Madiun, Danang Eko Abrianto, hasil siasatan terhadap mayat mendapati mangsa disyaki meninggal dunia kira-kira dua atau tiga hari sebelum ditemui. - CARI
|
ADVERTISEMENT