CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Masuk Akal Bina Rumah Depan Pintu Masuk Sekolah Maahad Tahfiz

13-7-2023 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3415| Komen: 49

Kerajaan negeri Perak digesa campur tangan berhubung pembinaan sebuah rumah di hadapan pintu masuk sebuah sekolah Maahad Tahfiz sejak bulan lalu.

Pengetua Maahad Tahfiz Wa Dirasah Al-Islamiah Suhaimi Abdul Hamid berkata, kedudukan binaan itu bukan sahaja berbahaya, malah tidak masuk akal kerana terlalu hampir dengan pagar utama yang menjadi laluan keluar masuk pelajar dan guru.


Menurutnya, sehingga kini pengurusan sekolah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pembinaan kerana tapak tersebut telah dijadikan lot tanah pemilikan individu.


Pengurusan Maahad Tahfiz Wa Dirasah Al-Islamiah mohon keprihatinan kerajaan negeri menyelesaikan isu pembinaan sebuah rumah di hadapan pintu masuk sekolah itu sejak bulan lalu.

"Maahad ini dibuka sejak 2004 lagi dan inilah satu-satunya laluan utama yang kami gunakan sampai sekarang.

"Sehinggalah baru-baru ini datang lori bawa alat-alat binaan dan turunkan barang-barang, buat kami terkejut.


"Apabila disemak rupanya ada orang nak bina rumah betul-betul di depan sekolah, ini bukan sahaja mengundang rasa tidak selesa, tak masuk akal pun ya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, satu surat bantahan telah dikemukakan kepada Menteri Besar Perak pada 7 Julai lepas bagi menangguhkan pembinaan rumah tersebut.

Katanya, pembinaan itu jika diteruskan menimbulkan kesulitan kepada pihak sekolah kerana telah menghalang jalan masuk dan menutup bahagian utama sekolah.

"Ini isu pendidikan, kalau boleh jangan sampai pembelajaran anak-anak di sini terganggu.

"Sekiranya diperlukan buat laluan masuk baharu pun akan ambil masa lama kerana semua kawasan persekitaran maahad ini telah didirikan bangunan," katanya.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pada 2005 pengurusan maahad telah memulakan inisiatif awal mengemukakan permohonan untuk menggunakan lot tersebut sebagai jalan masuk.

Bagaimanapun jelasnya, permohonan itu tidak pernah menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pihak.

"Kami suarakan bantahan kerana rasa tidak adil, tanpa makluman tanah itu sudah ada pemilik. Sebenarnya kalau mahu dijual lot tersebut, penanung sekolah sanggup beli," katanya.

Operasi maahad tahfiz berkenaan diselia Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang melantik jemaah pengurusan untuk menangani sebarang masalah membabitkan 120 pelajar dan 17 guru.

Semua pelajar adalah dalam kalangan lelaki dengan sebahagian besar anak Perak dan beberapa negeri lain antaranya dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Pahang. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 13-7-2023 03:07 PM
Yang nak buat rumah tu pun takde hati perut ke?
Quote noor2 13-7-2023 03:09 PM
Ya Allah.....depan pintu masuk bukan ke rezab jalan?..
Quote che-cikL 13-7-2023 03:16 PM
Sekali Pak guard yg pacak rumah situ, senang dia works from home, tiberrrr
Quote msdummy.2018 13-7-2023 03:43 PM
2 kemungkinan

1 tanah tuh mmg dh lama tanah peesendirian..mahad tuh dibina tnpa selidik kawasan sekeliling

2 tanag tuh kerajaan punya, tp p jual kat org
Quote Simunggu 13-7-2023 03:44 PM
mcm jauh ja dari gate masuk..
Quote Firenzza 13-7-2023 04:58 PM
Kalau tuan tanah tu ada geran apa masalahnya?
Quote kucingitam 13-7-2023 05:04 PM
rumah ke tu..kecik bebenornya pun..
Quote krustykrab 13-7-2023 05:06 PM
Takkn la rumah besar tu je?
Quote sambaldurian 13-7-2023 05:09 PM
Klu dlm ukuran geran tu mmg hak dia, salah ke ? Cth mmg tanah pusaka dia, dia xde duit nk beli/sewa rumah, tp mampu kuar duit epf utk buat rumah sendiri atas tanah pusaka, salah ke?tgk balik mcm x ganggu je, rumah tu depan sekolah , gate tu tepi. Gaya mcm nk buat umah lot versi kg je tu xde gate.
Quote supernaturalee 13-7-2023 05:14 PM
hahaha
gaya tunjuk tuuuuuuuuuuuu

hairan metro sgt
"tempat kejadian"


Quote Samerosie 13-7-2023 05:32 PM
Nampak tak de la menganggu jalan keluar masuk, cuma rumah tu maybe tutup tembok yg ada signage je.  Tak tutup pun jalan keluar masuk....alah saja dengki kan tu tanah orang tu yg sah nak buat camne, tanah awak yg usually tanah wakaf.
Quote FOTHER-MUCKER 13-7-2023 05:35 PM
tanah tu kepunyaan dia. Jika dia pagar kawasan tanah dia tu apa pihak tahfiz boleh buat?
Quote FOTHER-MUCKER 13-7-2023 05:38 PM
Ini di Indonesia

[youtube]PqLHE_Ez5Tw[/youtube]
Quote acikhan 13-7-2023 05:43 PM
kucingitam replied at 13-7-2023 05:04 PM
rumah ke tu..kecik bebenornya pun..

saiz mesti 15x15 nie
Quote seri_mawr 13-7-2023 05:43 PM
idak le depan pagar betul2 pun tu...dia offset agar sikit tu...mcm ada lagi jek laluan...cuba bg plan view senang nitizen nak kaji...huhu
Quote CiliPadiSedap 13-7-2023 05:51 PM
kenapa nak halang tu kan rumah dia, islam suruh berlaku adil, benda basic.kalau tu nama geran dia milik dia biarkan jelah? bukannya buat dalam sekolah.

takkan sebab belakang tu sekolah owner tanah tak boleh guna tanah dia?
Quote lazim 13-7-2023 05:51 PM
Kita ni berkuasa ke atas hak kita ja. Yg bukan hak kita tak pyh nk dramatik sgt
Quote lightheaded67 13-7-2023 07:32 PM
Edited by lightheaded67 at 13-7-2023 07:35 PM

aah ek kalau dh tu tanah geran dia, takleh ke.  bnyk je skolah kebangsaan dekat2 dgn kwsn rumah. rumah yg depan pago skolah kbangsaan pun ade. mane lah tau tuan rumah leh tgk tgk kan skolah time skolah cuti hoho
Quote anony-mous 13-7-2023 08:00 PM
sambaldurian replied at 13-7-2023 05:09 PM
Klu dlm ukuran geran tu mmg hak dia, salah ke ? Cth mmg tanah pusaka dia, dia xde duit nk beli/sewa  ...

X salah tp ada adabnya. Xingat apa benda ni dipanggil, tp semua tuan tanah akan bg ruang sikit utk org lalu contohnya. Besar pahala

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070102 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top