CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Gigit Mulut, Tangan, Telinga Pelajar Masih Mengajar Di Sekolan Macam Biasa

13-7-2023 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 446| Komen: 2

Kota Bharu: Guru yang didakwa menggigit muridnya masih lagi menjalankan tugas seperti biasa.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Hassany Hashim berkata, pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada Kementerian Pendidikan dan pihak berkaitan untuk siasatan lanjut.


Katanya, dalam hal ini, JPN memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung isu ini dan pada masa sama turut memberi laporan berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu sehingga ia tular di media sosial.

Gambar Hiasan

"Baru-baru ini pihak sekolah, wakil Pejabat Pendikan Daerah (PPD) dan wakil JPN juga sudah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid berkenaan.

"Kini pihak JPN masih menunggu arahan daripada Kementerian Pendidikan kerana tidak mahu menjejaskan siasatan dan pada masa sama sudah menghantar laporan kepada kementerian," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong 1, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Pendidikan akan menjalankan siasatan berhubung seorang murid di negeri pantai timur didakwa tidak mahu ke sekolah kerana emosinya terganggu selepas digigit guru. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VespaSilbe 13-7-2023 03:30 PM
Dah tadak report polis acane
Quote rosedemon 14-7-2023 08:43 AM
Sesuatu sgt awatnya mak budak tu xbuat report polis gilaaa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037485 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top