CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakan Sebilik Di Universiti Tak Ada Common Sense, Selfish- Matikan Lampu Masa Orang Lain Nak Study, Bising, Pengotor

13-7-2023 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2318| Komen: 33

Seorang gadis  kusut gara-gara rakan sebilik yang dikatakan kurang empati dan bersikap penting diri.

Berkongsi kisah di TikTok, dia meluahkan ketidakpuasan hatinya yang sudah sekian lama terbuku.


"Jangan ajar aku tentang sabar apabila aku ada roommate yang macam ni. Mungkin dah terbiasa dengan suasana bising di sekolah asrama sampai terbawa masuk universiti.

"Bila aku nak tidur diaorang boleh borak dan gelak kuat-kuat. Lagi menjadi bila roommate aku bawa kawan dia masuk sekali bilik kami. Lepas tu pasang lagu kuat-kuat ibarat tiada hari esok," katanya.


Foto: tiktok

Kesabarannya benar-benar diuji apabila rakan sebiliknya itu gemar menonton filem bersama kawan-kawan di dalam bilik mereka.

"Waktu musim peperiksaan, roommate aku ni bawa kawan-kawan dia masuk bilik untuk tengok movie. Lagi geram, aku tengah study dia boleh tutup lampu sebab nak buat aktiviti diaorang tu.


"Kawan roommate tu pernah offer untuk aku tidur di bilik dia sebab takut aku tak selesa mereka tengok movie di bilik ni. Memang tak nak la aku tukar, ini bilik aku.

"Aku pelik kenapa roommate aku tak pergi tengok movie dekat bilik kawan dia je, kenapa harus ke sini juga? Bising, aku tak boleh tidur sebab nak tunggu diaorang habiskan movie.

"Ada kadang tu aku kena tunggu diaorang tidur dulu baru aku boleh tidur," rungut gadis itu.

Gadis ini mendakwa rakan serumahnya juga mempunyai masalah menjaga kebersihan.

Tidak cukup sekadar mengganggu ketenteraman hidupnya, gadis itu juga mendakwa rakan sebiliknya itu juga 'gaga' dalam aspek menjaga kebersihan bilik.

"Dah la makanan biar sampai bersemut kadang tu. Penat rasa. Orang buat kita, kita doa je la untuk dia.

"Aku doa kifarah untuk mereka supaya mereka boleh faham rmacam mana untuk hidup dengan orang yang tak ada common sense.

"Pada diri sendiri, tabah okay, walaupun hati ni dah mati tapi sikit je lagi, enam hari lagi nak habis diploma," kata gadis itu menutup perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa gerun memikirkan siapa bakal rakan sebilik mereka kelak.

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari roommate yang begini. Tak aman zaman belajar aku kalau ada roommate macam ni.

"Zaman asrama sekolah boleh la nak ada vibes begini, tapi kalau dah diploma dan degree rasanya boleh jadi matang sikit kot

"Aku pernah bising sangat lagu yang rommate aku pasang, aku pergi hempas radio dia," sebahagian warga maya meninggalkan komen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-7-2023 02:18 PM
Anak aku satu bilik dia sorang je...patut 2 org tapi lagi satu x de sapa duduk...so satu katil tu kosong...elok sgtla...siap bawak dumbbell lagi dia duk exercise sorang2 mlm2 sebelum tidur..
Quote cikatilia 13-7-2023 02:41 PM
dah nama duduk asrama mmg mcm2 ragam..
kalau duduk dorm lagi la yg sebilik ramai2 tu katil bersusun2
Quote supernaturalee 13-7-2023 02:42 PM
ni bukan isu semasa
tp isu sentiasa ada


Quote dekmieDandy 13-7-2023 03:24 PM
teringat time belajar dulu, dapat budak repeat, sebab dia repeat 1 subjek je banyak ler masa terluang dia, selalu stay up tengok movie/main game

aku stress hampir tiap hari dia buat camtu, aku 'hack' dia laptop dia punya internet sampai rosak

sampai dua-tiga kali aku buat camtu, dia tak dok bilik dah malam-malam, gi lepak mane entah

janji aku aman bole tido
Quote allshares 13-7-2023 03:44 PM
Dah org ajak tukar bilik, ko taknak plak. Eh kalau iols tukar jela. Ko merentan ko dpt apa. Dah ade solution tu cuba jela haih. Benda kacang je dek, sok2 ko dah habis study luar sana bnyk lagi masalah kena hadap.
Quote TomyamPuteh 13-7-2023 03:48 PM
Sskjp ko tu?
Quote vespa_oren 13-7-2023 03:49 PM
dulu roommates aku siap mengaji sebelum subuh, pastu lepas subuh dia tido balik
aku pula terkebil2 sbb aku xtido pas subuh
Quote kechikchomel 13-7-2023 03:53 PM
bab lain iolss tak nak komen. biasanya kalau hostel uni mesti ada meja study kan? n ada lampu study kat meja tu? kalau takde, y not ko beli lampu study dek? masa akak final year dulu, meja study akak takde lampu. berapa kali ntah turun naik opis, harammm takde siapa pun dtg tengok. last2 akak beli je sendiri lampu study tu. berapa belas je. elok lagi ni. ada lagi sampai sekarang haaa..lampu rilakkuma

Quote kakikuDibibirmu 13-7-2023 04:04 PM
Tunku Kursiah Third Third, Tunku Kursiah Third
Tunku Kursiah Third Third, Tunku Kursiah Third
Tunku Kursiah Third Third, Tunku Kursiah Third
Quote antikorok 13-7-2023 04:05 PM
Eh, memang tak patot tukar pong. Patot rumet dia tuh yg patot berhambus pergi bilik lain kalau dah kemarok nak tengok movie kuat2 malam2 buta kacau orang lain. Entah2 rumet dia tuh memang takde sapa pong yg sanggop bagi lepak kat bilik dorang sbb dah tauk perangai cenggitu khenn.
Lagik satu, tukor secara harom ni ujong2 nanti penyelia asrama buat spot check tak pasal2 ko kena tudoh jadik setinggan kat bilik kwn kepada rumet ko tuhh dekk
Quote kotakbaju 13-7-2023 04:14 PM
Masa sem 1 dulu duk kolej yang sebilik 4 orang tu. Memang keja menyembang je la. Mana dengan serabut perangai masing2 ntah la nak cakap sebab baru je masuk u kan. Hadap je la dulu. Iols pulak jenis privacy. Nak masuk sem 2 try request tukar kolej lain yang satu bilik 2 orang. So request diterima cuma kolej tu dok di hujung kawasan jin bertendang nun jauh di atas bukit nan indah dan permai iols tak kisah pun asalkan tak serabut dengan perangai roomate kalau ramai2 ni.
Quote rosedemon 14-7-2023 08:42 AM
Ko lempang je dekkk
Quote kucingitam 14-7-2023 10:11 AM
beli lampu meja dik...akak dulu memang beli lampu meja sbb kesian roommate nak tido kalau akak study ttgh malam..  pastu kau beli la headphone yang mahal sikit, ko pakai time drg bising..settle masalah..
Quote midori888 14-7-2023 10:22 AM
noor2 replied at 13-7-2023 02:18 PM
Anak aku satu bilik dia sorang je...patut 2 org tapi lagi satu x de sapa duduk...so satu katil tu ko ...
masa adik meols first year dulu kita carik bilik student accom yg single with attached bathroom. Sbb fikir nanti malam2 buta dia nak gi toilet, senang. Pagi2 nak bersiap gi class pun senang. Bilik depan dia, takde attached bathroom, kesian budak tu kena kuar bilik utk shower etc, dah lah ppuan...
Quote afie_m 14-7-2023 10:34 AM
kena beli lampu meja dik oii kaua tak ada..tegur2 lah sikit member tu, bgth hang tak selesa ramai2 kat bilik macam dia buat ni
Quote noor2 14-7-2023 11:04 AM
midori888 replied at 14-7-2023 10:22 AM
masa adik meols first year dulu kita carik bilik student accom yg single with attached bathroom. Sbb ...

Tempat anak akak duduk tu kolej dia mcm.apartment...setiap satu unit ada 4 bilik dan lengkap bilik air 4 toilet ...so 1 bilik pulak ada 2 katil 2 locker 2 meja study
Quote midori888 14-7-2023 11:18 AM
noor2 replied at 14-7-2023 11:04 AM
Tempat anak akak duduk tu kolej dia mcm.apartment...setiap satu unit ada 4 bilik dan lengkap bilik ...

oic...oklah tu...4 bilik with 4 bathroom, takde lah berebut...
Quote tikusmontok 14-7-2023 11:27 AM
TomyamPuteh replied at 13-7-2023 03:48 PM
Sskjp ko tu?

Hahaha tak syak lagi....telekung rendam kat toilet sampai berlumut, bau hapak hamlau jgn citer, mangkuk maggi mug milo sampai berkulat dlm bilik, sampah bekas tapau mknn dok bwh katil berhari2...masuk bilik kembang tekak..hanattt sgt. Keluar dating mekap bagai nak rak
Quote noor2 14-7-2023 11:30 AM
midori888 replied at 14-7-2023 11:18 AM
oic...oklah tu...4 bilik with 4 bathroom, takde lah berebut...

Tu lah...mcm apartment lah..siap ada ruang tamu...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073840 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top