CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggal Suami Kerana Mentua Ikut Campur, Wanita Jadi Petani Ditemani 2 Anak Kecil

13-7-2023 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1104| Komen: 10

Wanita berusia 28 tahun bekerja sebagai petani demi membesarkan dua anaknya selepas ditinggal suami.

Marianti Manturong menerusi video tular dilihat membawa puteri sulungnya berusia tiga tahun serta anak lelaki berusia setahun ketika keluar bekerja.



TikTok

Hanya berteduh dengan payung, anak sulung Marianti dilihat tidur di atas sehelai kain manakala si bongsu pula diletakkan di dalam buai.

"Aku gagal jadi ibu yang baik buat kalian anak-anakku. Tapi aku akan berjuang terus nak, menjadi yang terbaik," tulisnya di TikTok.

Bercakap kepada mStar menerusi TikTok, Marianti yang menetap di Sumatera Barat, Indonesia berkata, dia kini tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya.

"Ada suami, tapi tak bertanggungjawab. Kerana mentua ikut campur. Jadi suami di rumah mentua. Tak ada beri duit pun.

"Saya sendiri cari makan. Saya bekerja sejak hamil anak lelaki ketika kandungan lima bulan. Saya bertani saja. Kadang kerja ladang orang kalau ada yang panggil," ujarnya.




Video Marianti serta anak-anaknya yang hidup dalam keadaan daif turut meraih perhatian ramai netizen di TikTok.

Malah, netizen turut memberi kata-kata semangat agar Marianti terus kuat membela nasib diri serta dua anaknya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 13-7-2023 12:58 PM
Mcm prangai boss kayy..
Quote Friska 13-7-2023 01:52 PM
Wanita Indonesia itu gigih memang, pantang nyerah
Quote elzy 13-7-2023 01:59 PM
Jantan kurang ajar.. Hidup menyusahkan orang, sampai mampus kena maki..
Quote ninja boy 13-7-2023 02:02 PM
Berladang sana sini kemudian tinggal
Quote supernaturalee 13-7-2023 02:07 PM
Edited by supernaturalee at 13-7-2023 02:10 PM

Di celah lumpur yang ku langkah
Bersama peluh yang mengalir

[youtube]nOmS7klTAfQ[/youtube]
versi heavy :

[youtube]kq4cSscIYKM[/youtube]
Quote dua_chzy 13-7-2023 02:09 PM
Dulu majoriti keluarga Bumiputera begini la asalnya.

So...Apa yang tersedu sedan sangat buat video tiktok?
Quote airmineral 13-7-2023 02:27 PM
kesian nya la kat anak2
Quote helicornia 13-7-2023 03:16 PM
Klu duduk kg mmg biasa la ikut masuk kebun.iols kecik2 ikut mak iols pi tanam jagung dia takut sorang2.siap bawak buku buat homework
Quote Azharitubunga 13-7-2023 03:36 PM
Realiti kehidupan ibu2 dikampung dulu2 nak membesarkan anak2 dan bantu suami

Tapi dulu tak ada medsos so tak adalah ratapan sendu
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:15 AM
smoga tabah dgn ujian... kuat utk anak2

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062388 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top