CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Kelas Lumpuh Kepala Ditendang Kerana Tegur Rakan Sebar Video Lucah Dalam Kumpulan WhatsApp Sekolah

13-7-2023 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3963| Komen: 58

Tragis kisah seorang pelajar yang lumpuh akibat ditendang di kepala hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Kisah itu dikongsikan ibu mangsa menerusi hantaran di Facebook mangsa memberitahu keadaan anaknya yang tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.



FB

Ibu malang itu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada warden asrama dan mendapat tahu kejadian bermula apabila anaknya yang merupakan ketua kelas menegur kawan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Dakwanya, keadaan itu menyebabkan rakan terbabit tidak berpuas hati lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala secara tiba-tiba.


FB


"Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya ALLAH saja yang tahu isi hati seorang ibu," katanya yang turut memberitahu bahawa anaknya tidak sukakan kekerasan dan keganasan.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian.

Setakat ini, dia memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.



Tambah pengguna Facebook itu, ia adalah takdir ALLAH yang amat berat untuk seorang ibu apabila orang lain sanggup bertindak sedemikian kepada anaknya.

"Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama," ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 13-7-2023 12:18 PM
tu sbb aku tak bagi anak2 masuk asrama...
Quote venom1 13-7-2023 12:20 PM
Ganas budak2 sekarang. Pengaruh media sosial terutama filem2 keganasan.
Quote hareeeesah 13-7-2023 12:23 PM
Group whatsapp tu xde parents or cikgu ke? Kesiannya la xpsl-psl je..
Quote supernaturalee 13-7-2023 12:28 PM
ko bljr pandai2 dek
jadi lawyer
menegakkan undang2
mematahkan kejahatan

Quote Buritan 13-7-2023 12:29 PM
koko2: tu sbb aku tak bagi anak2 masu ...


Yepp aku setujukkk.. masuk u pun kalo dpt berulang.. bdk zmn skrg gilaa
Quote OshinDaSolja 13-7-2023 12:30 PM
kesiannya... wishing a speedy recovery and get well soon dik
Quote dua_chzy 13-7-2023 12:31 PM
Edited by dua_chzy at 13-7-2023 04:35 AM

Budak2 sekarang ni memang sial.

Batch aku la tu mak bapak budak2 sekarang. Apa ntah kau didik anak kau, adab pun fail nak susahkan cikgu2 juga train anak kau jadik orang. Tu pun kalau cikgu2 anak kau rajin. Kalau pemalas or acah cool rapat2 dengan bebudak sebab nak disukai, tanak dikecam, tunggu la anak kau umur 30 tahun ke atas baru ada harapan jadik orang selepas merasa pait maung kehidupan. Tapi ramai je fail sebagai manusia macam weols poromer2 sini nama ja kertu tapi sampai ke tua kaki gaduh.
Quote kucingitam 13-7-2023 12:32 PM
gilalah..harap pelaku dapat pembalasan yang setimpal..
Quote Cekgushilla 13-7-2023 12:42 PM
dua_chzy replied at 13-7-2023 12:31 PM
Budak2 sekarang ni memang sial.

Batch aku la tu mak bapak budak2 sekarang. Apa ntah kau didik anak  ...

Betul sangt sistahh bab2 rapat dengan budak konon2 buat kawan
Hellooo budak zaman skrg bukan mcm dulu ko rapat dgn dia acah cool siap la dia pijak kepala
Baru smlm dok tgk tiktok ada sorg ckgu skola menengah ni
Ckgu pmpuan tp bersepaahhhh vdeo student dia laki semua
Geli aku nk tgk
Padahal budak2 tu dulu budk skola aku jgk msa skola rendah
Aku dok byg blkng ckgu tu depa dok mngutuk dia sbb dia mcm kepam skit
Ckgu pmpuan kepam ni modal dia mmg buat baik dgn student laki
Konon2 di sayangi tp blkng2 tah dikutuk kaw2
Quote otai_g 13-7-2023 12:44 PM
Siapa yg menendang tu? Jom test tgk kuat ke x kuat. Libas je dgn pdg samurai
Quote TomyamPuteh 13-7-2023 12:45 PM
Bila parents setan beranakkan iblis.
Quote Buritan 13-7-2023 12:49 PM
Kwn aku baik gila dgn budakkk Dan pandang aku yg so so dgn budak ni mcm jahakkk sgtt
Quote crinklecut 13-7-2023 12:52 PM
Edited by crinklecut at 13-7-2023 12:56 PM

menakutkan laaa budak2 nih..sebarkan video lucah 1 hal..tendang sampai anak orang lumpuh 1 hal..nak jadi apa laaaa
Quote afie_m 13-7-2023 12:57 PM
teruknya  perangai, harap dapat pembalasan lah...geram lah...
Quote noor2 13-7-2023 01:02 PM
Tolong revealkan muka budak2 celaka ni dgn mak pak depa sekali...
Quote dua_chzy 13-7-2023 01:04 PM
crinklecut replied at 13-7-2023 04:52 AM
menakutkan laaa budak2 nih..sebarkan video lucah 1 hal..tendang sampai anak orang lumpuh 1 hal..nak  ...

Ntah2 makan dadah.

Quote alieyrina 13-7-2023 01:20 PM
Suruh mak pak budak yg tendang tu tanggung hidup budak ni sampai dia sihat
Quote chilly 13-7-2023 01:38 PM
Budak share porn & tendang kepala tu memang salah. Salah besau. Nak2 sampai lumpuh anak orang kau buat.

Tapi mak2 kalau meluahkan perasaan pon simpan sikit puja-puji kat anak. Ye anak kau, memang kau rasa baik. Tapi biar part tu kau bagi kat org lain je buat. Yang kenal anak kau. Membe sekolah dia ke, cikgu dia ke. Kedengaran bias bila puji anak sendirik.

Elok aku nak kesian terus judgemental aku ni haa.
Quote TeropongThaico 13-7-2023 02:13 PM
Kesiannya ko hai anak. Moga disegerakan kesembuhan buatmu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.207633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top