Dalam keadaan terbongkok-bongkok sekitar jam 5 pagi, seorang warga emas dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri pasu bunga di Kallang, Singapura. Laman berita Stomp melaporkan, rakaman itu kemudian disiarkan pengguna Instagram, Jeremy.
Video itu menunjukkan wanita berkenaan berjalan ke arah pasu sambil memegang beg plastik kosong. Dia kemudian membongkok dan kelihatan seperti mengambil sesuatu di lantai. Selepas beberapa saat kemudian, dia menegakkan badan dan berpatah balik beserta beg plastik yang kelihatan berisi. “Makcik, kali pertama anda ambil (pasu bunga), saya menganggapnya sebagai sedekah. Sekarang, anda mengambil begitu banyak pasu bunga. Tua tidak bermakna anda boleh mencuri. Saya benci orang mencuri,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Menurut Jeremy, dia berjaya mengetahui di mana wanita tersebut tinggal dan berkongsi videonya itu dengan pegawai polis di blok perumahan berkenaan. Sumber: Kosmo
|
zarulnazmi replied at 13-7-2023 03:20 PM
Dah pernah kena kat rumah emak saya dalam area perumahan. Emak saya suka tanam bunga dan ada pasu ka ...
ADVERTISEMENT