Putrajaya:Seorang kanak-kanak perempuan tidak hanya ditinggalkan ibu kandung malah bapa serta neneknya turut meninggal dunia. Kanak-kanak terbabit, Annabella Zarra Mohd Hafiz yang kini berusia lapan tahun hilang tempat bergantung dan terpaksa diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sepang.
Pegawai Pelindung JKM Sepang, Nur IIyana Abdullah berkata, ibu kandung kanak-kanak itu yang juga warga Kemboja dikesan menghilangkan diri pada tahun 2016. Menurutnya, kanak-kanak itu yang ketika itu berusia setahun dipelihara oleh bapanya. "Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kanak-kanak itu kemudian dijaga oleh neneknya pada awal Januari lalu. "Bagaimanapun nenek turut meninggal dunia sebelum Annabella dijaga oleh ibu saudaranya. Bagaimanapun ibu saudara kanak-kanak ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung Annabella Zarra," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pejabat JKM Sepang di talian 03-87061026. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Cayn: Motif cari ibunya? Kalau dah lari tinggal kan anak, maknanya dia memang tak nak la anak tu. Silap hari bulan di jual pulak budak tu
gigahertz replied at 13-7-2023 03:30 PM
nanti anak dah besar keluar kat meletup. mak dia datagn cari la sambil sebut :
anakku anakku. pastu ...
Cayn replied at 13-7-2023 02:30 PM
Motif cari ibunya? Kalau dah lari tinggal kan anak, maknanya dia memang tak nak la anak tu. Silap ha ...
Suchi replied at 13-7-2023 02:52 PM
Sian budak ni, harap mak sedara kalau tak mampu jaga jangan dera
Ingat aku pesan ni jangan DERA, ko ...
edayildiz replied at 13-7-2023 04:50 PM
siannya dia..hrp dia dijaga org yg betul..
teringt kwn masa zaman uni dlu..masa asasi i dok tau she ...
gigahertz replied at 13-7-2023 03:30 PM
nanti anak dah besar keluar kat meletup. mak dia datagn cari la sambil sebut :
anakku anakku. pastu ...
makita replied at 13-7-2023 05:21 PM
Kes ni sama dgn junior abg meols ni. Kalau cuti sem dia xde tempat nk tuju. Abg meols bwk balik um ...
krustykrab replied at 13-7-2023 03:50 PM
Lepas tu anak pun naik basikal ke putrajaya mintak mak dpt ic biru
makita replied at 13-7-2023 05:21 PM
Kes ni sama dgn junior abg meols ni. Kalau cuti sem dia xde tempat nk tuju. Abg meols bwk balik um ...
ADVERTISEMENT