Tular video memaparkan seorang pendaki wanita nekad menyahut cabaran untuk mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke puncak walaupun memiliki berat badan 84 kilogram. Bagaimanapun wanita berkenaan gagal meneruskan misi tersebut sehingga terpaksa didukung oleh malim gunung.
Dia terpaksa diikat menggunakan tali bagi mengelakkannya daripada terjatuh. “84 kilogram , taksi gunung,”tulisnya. Apa yang menajdi perhatian adalah kekuatan yang dimiliki oleh malim gunung tersebut di mana warganet tersentuh dan memuji kudratnya mendukung pendaki wanita seberat demikian untuk turun ke bawah. Di ruangan komen ramai yang memberikan nasihat suapaya pendaki perlu memastikan badan mereka fit untuk daki gunung untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
Malah, ada yang ingin tahu mengenai caj dan upah yang dikenakan oleh malim gunung tersebut memandangkan berat bebanan yang ditanggung. -CARI
|
ADVERTISEMENT