"Saya sudah seratus peratus 'move on' dan tidak pandang ke belakang lagi." Demikian kata penyanyi Sissy Iman berhubung salah faham ketika menyertai program realiti Famili Duo, baru-baru ini.
"Saya dan mummy Mas Idayu juga sudah berbaik semula selepas pertandingan itu berakhir," katanya mengulas hubungannya dengan penyanyi Mas Idayu selepas insiden dalam program realiti terbabit. Menurut Sissy atau nama sebenar, Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, dia juga akan membuat kemunculan pertama dengan Mas Idayu pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai ini. "Pentas ABPBH ini adalah pertemuan saya dan mummy Mas Idayu selepas program realiti Famili Duo berakhir. "Secara peribadi, saya berasa teruja bakal berganding dengannya sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak itu nanti.
"Saya tidak berasa gementar berganding dengan mummy Mas Idayu, cuma kita tengok bagaimana maklum balas dan komen dari peminat nanti," katanya. Sissy ditemui pada majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, kelmarin. Mengenai penganjuran berprestij itu pula, kata Sissy, buat julung kalinya dia diberi kepercayaan sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak acara berprestij itu. "Pada masa sama, saya juga bangga apabila diberi kepercayaan oleh penganjur kerana tidak pernah menjadi penyampai trofi dan selalunya saya hanya berada di belakang pentas. "Walaupun saya tidak tercalon dalam mana-mana kategori, saya tetap beri sokongan pada acara berprestij ini dan akan menggalas tugas sebaiknya sebagai penyampai trofi," katanya.
|
Kurex replied at 13-7-2023 09:52 AM
gambar 1st yg muncungkan bibir tu macam bentuk lubang bontot kera yg warna merah tu
ADVERTISEMENT