CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 6

Dah Move On, Sissy Iman Dah Berbaik Dengan Mas Idayu Dan Akan Buat Kemunculan Bersama Di ABPBH

[Copy link]
Post time 13-7-2023 09:17 AM | Show all posts |Read mode
"Saya sudah seratus peratus 'move on' dan tidak pandang ke belakang lagi."


Demikian kata penyanyi Sissy Iman berhubung salah faham ketika menyertai program realiti Famili Duo, baru-baru ini.


"Saya dan mummy Mas Idayu juga sudah berbaik semula selepas pertandingan itu berakhir," katanya mengulas hubungannya dengan penyanyi Mas Idayu selepas insiden dalam program realiti terbabit.




IG




Menurut Sissy atau nama sebenar, Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, dia juga akan membuat kemunculan pertama dengan Mas Idayu pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai ini.


"entas ABPBH ini adalah pertemuan saya dan mummy Mas Idayu selepas program realiti Famili Duo berakhir.


"Secara peribadi, saya berasa teruja bakal berganding dengannya sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak itu nanti.


"Saya tidak berasa gementar berganding dengan mummy Mas Idayu, cuma kita tengok bagaimana maklum balas dan komen dari peminat nanti," katanya.


Sissy ditemui pada majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, kelmarin.


Mengenai penganjuran berprestij itu pula, kata Sissy, buat julung kalinya dia diberi kepercayaan sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak acara berprestij itu.


"ada masa sama, saya juga bangga apabila diberi kepercayaan oleh penganjur kerana tidak pernah menjadi penyampai trofi dan selalunya saya hanya berada di belakang pentas.


"Walaupun saya tidak tercalon dalam mana-mana kategori, saya tetap beri sokongan pada acara berprestij ini dan akan menggalas tugas sebaiknya sebagai penyampai trofi," katanya.




  



Terdahulu, persembahan Sissy dan penyanyi Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas juri tetap program realiti Famili Duo, Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu itu dengan baik.


Malah, Sissy juga tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika menerima komen pedas berkenaan serta meraih perhatian netizen.


Gara-gara kritikan pedas itu juga, Sissy juga membuat keputusan membatalkan pelancaran album sulungnya yang dirakamkan di Studio Abbey Road, London itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 09:52 AM | Show all posts
gambar 1st yg muncungkan bibir tu macam bentuk lubang bontot kera yg warna merah tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 10:34 AM | Show all posts
berbaik2 pun tetap lah nak letak kat mana muka tu di malukan dek mak lampir mulut rhoper jubo ayam tu... yang takut nak menyanyi sebab suara macam mesin tebu sampai kena cover malu kata level sheols adalah level juri dan bukan penyanyi padahal kalau menyanyi pun macam mesin rosak jah...

yihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 01:53 PM | Show all posts
Kurex replied at 13-7-2023 09:52 AM
gambar 1st yg muncungkan bibir tu macam bentuk lubang bontot kera yg warna merah tu

cat butt mouth

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis. U dh boleh bersara. Maybe i x boleh nak appreciate your voice. Sejujurnya haram xsedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:37 PM | Show all posts
dia ingat elok ke buat mulut begitu
udah serupa..........
dah la warna bibio pun camtu yihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2023 02:17 PM | Show all posts
sheols ni masih bawah label faizal tahir ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071486 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list