CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Pasar Raya Kena 'Angkut' Padah Berlagak Samseng Jalanan Maki Pekerja Penghantaran

13-7-2023 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 523| Komen: 2

Polis menahan seorang pekerja pasar raya disyaki berlagak ala samseng jalanan selepas melakukan ugutan terhadap pekerja penghantaran yang memandu perlahan di Jalan Pandan Cahaya 2 /3, di Apmang pada 15 Jun lalu.


Mengesahkan tangkapan itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan di sebuah pasar raya, semalam.


Gambar hiasan

"Pada 15 Jun jam 6.40 petang, mangsa lelaki tempatan berusia 31 tahun memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum didatangi suspek yang memarahi mangsa dengan nada tinggi serta memaki hamun.

"Suspek juga ada mengangkat tangan seperti mahu menumbuk mangsa.

"Motif kejadian dipercayai berpunca suspek tidak berpuas hati cara pemanduan mangsa yang perlahan dan berhenti di bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan jam 3.30 petang semalam dan semakan mendapati tiada rekod lampau manakala ujian urin juga negatif.


Katanya, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 13-7-2023 03:39 PM
"Suspek juga ada mengangkat tangan seperti mahu menumbuk mangsa.

sebab tu ja ka dah kena tahan? takde tunjal2 kan
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:19 AM

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040067 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top