Lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 26 tahun memberitahu dia disuruh ibunya untuk memakan ubat tahan sakit dan tidur sebelum cuba ditikam wanita itu. Dalam kejadian di Taman Kota Laksamana, Melaka kira-kira 3.30 petang Rabu, wanita berusia 56 tahun berkenaan ditemukan meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut selepas cuba membunuh anak lelakinya itu.
Harian Metro melaporkan, saudara mangsa mengetahui kejadian selepas dihubungi ibunya yang meminta dia ke rumah kakaknya disebabkan wanita itu sudah tidak sedarkan diri kerana menikam diri sendiri selepas cuba menikam leher anak keduanya. "Sebaik tiba, saya lihat anak saudara berlumuran darah dan terdapat kesan kecederaan pada lehernya selain dia memaklumkan ibunya sedang memegang pisau berada di atas rumah. "Sebaik masuk ke ruang tamu, saya lihat kakak sudah tertiarap di lantai ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah selain terdapat juga kesan darah di dinding," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Katanya, anak saudaranya menikam lehernya menggunakan pisau selepas disuruh makan ubat tahan sakit, namun dia sempat menyelamatkan diri dengan mengunci diri di dalam bilik. "Saya difahamkan terdapat tiga kesan tikaman pada bahagian perut kakak selain anak saudara yang cedera kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian yang masih dalam sisatan itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - CARI
|
noor2 replied at 12-7-2023 09:41 PM
Bangsa apakah?
noor2 replied at 13-7-2023 05:41 AM
Bangsa apakah?
nurul_akmar replied at 13-7-2023 01:57 AM
Ni kes nk bunuh diri n xmau hidup tp terpk kalau dia mati anak dia sape nk jaga. So bunuh sekali ana ...
noor2: Bangsa apakah?
ninja boy: India kah, kawan ai ...
ADVERTISEMENT