CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Jual Batu Delima Sakti Dijel 15 Bulan, Satu Sebatan

12-7-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 831| Komen: 6

Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang warga Indonesia kerana memperdayakan warga emas untuk membeli batu delima 'sakti'.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Roni Pito, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.



Sinar Harian

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memperdayakan Talib Dahlan@Jaslan, 76, iaitu dengan curang mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM54,500 kepada tertuduh.

Bayaran wang itu untuk membeli batu delima berkenaan yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tunai tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Jasin, di sini, pada 5 Oktober 2022.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh kerana jumlah kerugian dialami mangsa yang juga warga emas begitu besar.


Dia yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana perlu menyara isteri dan tiga orang anak.

Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri warga emas rugi RM54,500 apabila terpedaya dengan taktik sekumpulan lelaki menjual batu delima yang didakwa berupaya bercahaya di dalam air dan mengubati penyakit.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, laporan berkaitan kes tersebut telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Jasin.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 12-7-2023 10:59 PM
Memang batu-batu delima tu ada "khasiat" ke atau auta sahaja? Sekadar hobi?
Quote kakikuDibibirmu 13-7-2023 12:37 AM
Delimawati tersenyum sinis
Quote FOTHER-MUCKER 13-7-2023 02:05 AM
Sudah tua nak buat apa lagi dengan batu delima tu?
Quote n3ar 13-7-2023 03:02 AM
Indon dok sini menyara anak bini apa... Buat semak je puak2 ni... Patut dihukum campak dlm laut
Quote noor2 13-7-2023 08:28 AM
Edited by noor2 at 13-7-2023 08:30 AM

Batu delima ke yg menyembuhkan penyakit kau...bodoh gila pembeli ni...mudah kena tipu..ke pembeli ni org bukan islam . Kalau melayu islam mmg memalukan....indon yg level bodoh pun bolen tipu kau..
Quote supernaturalee 13-7-2023 08:43 AM
i can't help it

[youtube]LDfrYWB5wx0[/youtube]

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.230499 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top