CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Cerita Ni Ternak Babi Sama Tempat Dengan Ayam?

12-7-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1679| Komen: 23

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, dikesan menternak haiwan itu bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama sekaligus melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memaklumkan, DVS Pulau Pinang mengadakan operasi bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan tular berkenaan, yang mengesahkan bahawa ladang itu menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.

JPV memberitahu, ladang itu melanggar Peraturan 19 (1) yang menyatakan bahawa semua spesies haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi.


Foto: Berita Harian

"Satu notis arahan telah dikeluarkan kepada pemilik ladang untuk mengosongkan ayam pedaging dari ladang babi berkenaan dalam tempoh tujuh hari," jelas JPV.

Melalui operasi dijalankan, JPV menyatakan ayam pedaging hidup yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam dan tidak melibatkan penjualan ke lokasi lain.


Menurut JPV, ladang babi terbabit berdaftar dengan jabatan itu tetapi tidak mempunyai lesen untuk beroperasi kerana tidak mematuhi peraturan di bawah pelesenan yang menetapkan semua ladang babi perlu menaik taraf kepada sistem kandang tertutup dan pelepasan sifar iaitu tiada sisa kumbahan terlepas ke parit awam.

Ekoran itu, Notis Pengosongan Kandang, Penutupan dan Pemberhentian Operasi telah dikeluarkan kepada ladang terbabit.

Satu kompaun di bawah Enakmen Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2016 juga telah dikeluarkan kepada ladang berkenaan dan membawa kepada kompaun sebanyak RM7,500 atau denda RM30,000 atau/dan penjara tiga tahun tertakluk kepada Timbalan Pendakwa Raya, menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, JPV menjelaskan semua ladang babi akan diperiksa untuk memastikan tiada spesies haiwan dan unggas diternak secara komersial di semua ladang babi.

Surat peringatan juga akan dikeluarkan kepada semua ladang babi agar mematuhi peraturan pelesenan ternakan babi.

JPV dalam pada itu juga meminta agar video berkenaan dihentikan penularannya bagi mengelakkan kerisauan kepada orang awam. –CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 12-7-2023 09:22 PM
zaman madani ni...mcm2 boleh maaaaa
Quote Zazama 12-7-2023 10:40 PM
Demi 'Untung', semua tolak tepi!
Quote sharlenetexas 12-7-2023 10:45 PM
Teringat pengarah veterinar negeri yg kena bunuh dulu.


Quote orkid_amani 12-7-2023 10:51 PM
Viral kat tiktok nii..dah besaq elok ayam tuu baru JPV p tengok naa..
Quote Azharitubunga 13-7-2023 01:13 AM
Babi + Ayam = Bayam

Quote TOPwind 13-7-2023 01:42 AM
ctaz replied at 12-7-2023 09:22 PM
zaman madani ni...mcm2 boleh maaaaa

ya ya betul PKR dan DApig kan kawan

kenalah sama2 sekandang

Quote otai_g 13-7-2023 07:22 AM
Ini yg dpt dikesan, yg x dpt dikesan? Da dlm perut korang kot ayam tu
Quote Perwira2022 13-7-2023 07:28 AM
Benda camni yg DAP nak perjuangkan.... Ayam dan babi berkedudukan sama rata... Tak perlu dipisahkan kerana 3R
Quote supernaturalee 13-7-2023 08:38 AM

so blh la makan ni
untung2 keluar biseps besor mcm popeye


Quote midori888 13-7-2023 08:43 AM
ada nampak video nie kat TT...
Quote adizero11 13-7-2023 08:57 AM
Apa nk heran dekat Penang..
Quote rosedemon 13-7-2023 09:01 AM
entah2 kte pon kyg mkan babi jgk sbb xtau ayam dtg  dr mana
Quote Simunggu 13-7-2023 09:02 AM
ya mudah mudahan babi tu jadi halal mcm ayam
Quote MissYouSayang 13-7-2023 09:45 AM
Halal haram buat main2 akan mengundang malapetaka dari Allah yachh...plis respect orang melayu sikit....hmmm
Quote ctaz 13-7-2023 10:07 AM
TOPwind replied at 13-7-2023 01:42 AM
ya ya betul PKR dan DApig kan kawan

kenalah sama2 sekandang

ini lah yg ZAHID mahukan....
hahahahaha
Quote zorrro_03 13-7-2023 10:11 AM
sharlenetexas replied at 12-7-2023 10:45 PM
Teringat pengarah veterinar negeri yg kena bunuh dulu.

kes mana satu ye.  link pls
Quote bynroslan 13-7-2023 11:23 AM
Melalui operasi dijalankan, JPV menyatakan ayam pedaging hidup yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam dan tidak melibatkan penjualan ke lokasi lain.


Harap-harap betul lah
Quote kucingitam 13-7-2023 11:28 AM
ni yg org selalu ckp..sapa kata melayu tak makan babi...
Quote _blackbird 13-7-2023 11:28 AM
ni supply utk kilang megi mi yabi la ni. done husnuzon

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055891 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top