CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Sekarang Rasa 'Bodoh' Sebab Silibus Tinggi Sangat

12-7-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2163| Komen: 35

Pempengaruh dan aktivis, Cikgu Mohd Fadli Salleh sekali lagi menyuarakan mengenai silibus pembelajaran masa kini.

Terbaru, beliau mendakwa silibus yang diajar ketika ini di sekolah terlalu tinggi sehingga ramai pelajar gagal mengikuti.


Malah lebih menyedihkan katanya, ramai pelajar juga menganggap diri mereka ‘bodoh’ kerana tidak dapat mengikuti silibus terbabit.


Gambar hiasan

“Inilah yang dirasai oleh ramai murid-murid kita. Mereka rasa mereka bodoh kerana tak faham silibus yang tinggi.

“Patutlah result SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), seorang dari empat calon SPM gagal Matematik. Bukan Matematik sahaja yang tinggi silibusnya, subjek lain pun sama,” tulisnya di laman Facebook semalam.



Dakwa Fadli, silibus yang tinggi juga telah membunuh minat pelajar terutamanya ketika menghadapi peperiksaan besar.

“Silibus yang tinggi ‘membunuh’ minat murid. Jadi ‘killer’ subjek dalam setiap peperiksaan besar.

“Entah berapa ribu dah luahan dari ibubapa, guru, lecturer (pensyarah) bahkan murid tentang silibus yang tak kena dengan aras mereka.

“Namun belum ada tindakan dari menteri dan KPM (Kementerian Pelajaran. Entahlah. Penat dah cakap dan tulis benda sama,” luahnya.

Tambah beliau, silibus yang diajar ketika ini juga lebih terarah kepada silibus ‘pilih kasih’.



“Silibus sekarang silibus pilih kasih. Dibina untuk murid genius dan anak-anak orang kaya yang mampu upah tutor ajar di rumah.

“Anak-anak sederhana dan perlahan, yang keluarga tak mampu hantar anak tuisyen akan ketinggalan,” katanya.


Sumber:KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilza10 12-7-2023 07:33 PM
Setuju ngan Cikgu fadli.... Silibus pilih kasih... Aras tinggi sampai anak2 tak enjoy belajar... dah la buku makin banyak, subjek makin bertambah, silibus lak mmg level2 u... Kita sbg parent baca buku anak2 pun kadang2 tepuk dahi...
Quote belilies 12-7-2023 08:02 PM
Yang pro fadhli ni memang bodoh. Sebab heols tak digest dskp and falsafah pendidikan. Baik resign sambung buat bisnes lah fadhli, takut haram pulak gaji ko tew.
Quote makita 12-7-2023 08:18 PM
belilies replied at 12-7-2023 08:02 PM
Yang pro fadhli ni memang bodoh. Sebab heols tak digest dskp and falsafah pendidikan. Baik resign sa ...

Hari tu cikgu ni up komplen mak bdk ni psal bahagi tu. Dia snap contoh dlm buku teks..biasa dlm buku teks ada dlm minimum 2 cara. Ada cara lama dan cara baru. Yg mak ni komplen cara baru. Padahal boleh je buat cara lama yg mak mak ni terer buat masa sekolah.

Cikgu ni mmg pantang mak mak komplen..semua dia nak tunjuk kat fb dia..tapi cikgu ni tak tapis samada logik tak perkara yg dikomplen kat ni.

Bagi meols kalau jika ada bdk2 ketinggalan, maksudnya ada budak yg cemerlang. Tinggal mak pak ni nak pilih yg mana selain dari komplen hal silibus ni. Cikgu hanya pemudahcara..kenal kan sesuatu topik...kat rumah mak pak msih perlu polish anak tu. Tak kisah la hantar tusen atau inisiatif sendiri

Kesimpulannya..cikgu ni nak kekal releven, dia bwak je segala isu mak pak komplen. Byk business cikgu ni..jual emas, takaful , kdai fon. Pendek kata cikgu ni terpaling prihatin lah.
Quote belilies 12-7-2023 08:22 PM
makita replied at 12-7-2023 08:18 PM
Hari tu cikgu ni up komplen mak bdk ni psal bahagi tu. Dia snap contoh dlm buku teks..biasa dlm bu ...

Heols ketara ambik kesempatan. Cloutchasing. Betullah cuols cakap tu memang saja cari isu. Zaman skrg ni mana ada cikgu aja 1 way je, cikgu skrg pembimbing/fasilitator, budak2 yg lead the way. Cikgu2 tu boleh je bagi tugas ikut aras pembelajaran budak. Senang. Tapi org macam fadhli ni, is a disgrace and liability kpd sistem education skrg ni.
Quote dua_chzy 12-7-2023 08:23 PM
belilies replied at 12-7-2023 12:02 PM
Yang pro fadhli ni memang bodoh. Sebab heols tak digest dskp and falsafah pendidikan. Baik resign sa ...

Ntah. Banyak betul masa mengarang di FB.
Quote hudalarva 12-7-2023 08:33 PM
mcm mana anak tak bodoh... homework semuanya parents tolong siapkan... parents pulak jenis otak dah berkarat... sepatutnya biar je anak chuols tu kena bedal dgn cikgu sbb homework tak siap, baru dia ada drive utk belajar...
Quote LoveSungmin 12-7-2023 08:35 PM
bukan ke spm lepas banyak bebudak yang dapat straight A?
Quote iman_kasih 12-7-2023 09:18 PM
Bengap ye cikgu fadhli ni. Hidup dia x habis2 complaint. Dia je la tg betul. Dah kalau ko je yg betul apasal x offer diri duk kat Putrajaya tu. Rangka la silibus macam ko nak tu. Buat je silibus math tu 1+1 sampai form 5.

Dari menulis panjang2 kat fb tu baik la ko hadamkan silibus subjek ko tu. Fikir macam mana nak mudahkan budak2 faham dan boleh jawab exam dgn baik.
Quote Perawankota 12-7-2023 09:35 PM
Elok jer anak buah aku dapat best student utk tingkatan, best student utk subject BI, kimia, fizik, bio..

Agaknya cikgu2 tu sendiri yg tak amik Kisah student paham ke tak kot.
Quote exclusive_vvip 12-7-2023 09:43 PM
kenalan iols citer, dia ada pm Cikgu Fadhli ni bg cadangan utk diketengahkan..cadangan sheols, pegawai PPD pun elok di’redeployment’kan ke daerah2 lain..org PPD kan suka suki redeployment cikgu2..tapi diorg(PPD) hadap pula duduk di PPD tu smpi pencen..tapi kenalan iols tu cakap, harammm CF tak buat pulak status psl cadangan sheols tu..samada CF tak berani sbb baik dgn org PPD kat tempat dia @ tak baca pm kenalan iols tu..
Quote kawahapi 12-7-2023 11:41 PM
Dia ni lagi. Resign je lah jadi cikgu tu, tak menyumbang apa pun.
Quote jejaka_hensem 13-7-2023 12:43 AM
Murid yg rasa bodoh atau mak bapa murid yg bodoh?
Ko ingat sistem pembelajaran negara ni sama je ke dari zaman 70an tu sampai sekarang?
Nak jadi negqra maju,bila kerajaan gubal sistem pendidikan utk melahirkan generasi bijak pandai ko komplain pulak.dasar bodoh!
Quote adeqbun 13-7-2023 07:47 AM
anilza10 replied at 12-7-2023 07:33 PM
Setuju ngan Cikgu fadli.... Silibus pilih kasih... Aras tinggi sampai anak2 tak enjoy belajar... dah ...

sedihnya dgn hakikat ni..sekurgnya KBSR dlu btol2 mengajar asas matematik utk kehidupan...
Quote Perwira2022 13-7-2023 07:58 AM
Sebenarnya silibus tinggi sekarang ni bukan murid2 je yg susah nak fahami & kuasai, malahan cijgu2 juga tak semua mampu nak ajar dengan baik. So benda dah susah diajar pulak dengan cara pengajaran yg menambahkan lagi susah subjek tersebut. Bukan semua cikgu pandai mengajar especially kalau subject matter tu tak sesuai dengan tahap pelajar.

Ibarat ko nak ajar budak tadika repair kereta. Cikgu mekanikal yg nak mengajar pun terkial2 camne nak explain kat budak tu.
Quote shernazz 13-7-2023 08:05 AM
Iols ramai juga kawan2 cikgu..
Bila Tanya..depa mmg struggle juga nak explain n ngajor budak2...
Dan depa seboleh2nya mmg tak bagi murid bawa homework balik rumah..
Biar keje Habis depan mata..senang nak perhati...
Hehehe...
Melainkan tak sempat siap baru bawak balik..
Anak iols mmg takde keje sekolah...

Jia you cikgu2 semuaaa....
Quote nestea27 13-7-2023 08:06 AM
bab lain bole advance tp knp bab pelajaran kena ditakuk lama
Quote Perwira2022 13-7-2023 08:08 AM
shernazz replied at 13-7-2023 08:05 AM
Iols ramai juga kawan2 cikgu..
Bila Tanya..depa mmg struggle juga nak explain n ngajor budak2...
Dan ...

Kalau yg bersungguh2 nak explain walaupun susah, takpelah jugak.

Ini ada cikgu yg asal masuk kelas je kekdahnya... Pelajar faham tak faham lantak lah. Pastu guna hujah ada je sorang dua pelajar yg boleh faham, bermaksud cara dia tak salah.
Quote plywood 13-7-2023 08:18 AM
kpm buat silibes tinggi sebab katanya nak ikut negara-negara lain. itu jer alasannya pun..

rungutan orang bawahan bahawa silibes tinggi ini menyebabkan ramai budak tak dapat ikut lepas itu hilang minat nak teruskan yang mana menyebabkan prestasi mereka dalam math juga jatuh teruk...

even gamer buat review untuk game-game yang susah, dan bila buat kesimpulan ianya unplayable mereka juga tak mahu teruskan... apalagi math untuk budak-budak

jadi, itu adalah data yang nyata dari peringkat bawahan untuk orang atasan. Memang ada point disitu... tak boleh nak pertikaikan apa dia cakap, dia orang bawahan, dan bukan seorang guru yang dah cakap... cuma dia jer yang kelihatan kerana berani bagi muka didalam media sosial..

Sekarang terpulang kepada kpm nak buat mcm mana.. nak ambik silibes lama dengan penambah baikan tetapi mungkin pada mereka akan mencalarkan imej dan status mereka atau teruskan dengan apa yang ada sekarang, tutup mata kepada masalah yang ada... dan hidup dalam dan melakukan pembohongan dengan turunkan graf peperiksaan...

tapi dari satu sisi yang lain bukankah pbd boleh digunakan untuk menutup kelemahan ini kerana peperiksaan pun bukan penting pun dah sekarang... kenapa perlu permasalahkan. arah pentaksirang dah diubah, jadi sepatutnya tak ada masalah disitu
Quote TomyamPuteh 13-7-2023 08:18 AM
Parents aku dulu suruh kitorg adik beradik sekolah utk kenal nombor bas je. Nasib baik skrg ni no kapal terbang pun kami kenal gak.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.243558 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top