CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa Sorok Teman Lelaki Dalam Bilik, Suami 92 Tahun Tembak Isteri 77 Tahun Disyaki Curang

12-7-2023 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 443| Komen: 4

TAIPEI – Seorang wanita berusia 77 tahun di Taiwan ditembak oleh suaminya yang berusia 92 tahun selepas mengesyaki mangsa berlaku curang.

Mothership melaporkan kejadian berlaku di daerah Yilan pada Ahad lalu. Media Taiwan melaporkan bahawa pasangan itu sudah berkahwin selama lebih 50 tahun.


Bagaimanapun ketika kejadian, hubungan suspek, Ding dan isterinya dikatakan berantakan. Menurut polis, pasangan itu telah berselisih faham untuk sekian lama.

Foto: Mothership

Pada Ahad lalu, pasangan itu bertengkar mengenai perkara remeh. Mangsa kemudian dilaporkan berlari masuk ke biliknya sebelum menutup pintu.

Dalam keadaan marah, suspek melepaskan tembakan ke arah bilik menyebabkan isterinya yang berdiri di belakang pintu cedera.

Bunyi tembakan mengejutkan dua anak mereka yang sedang tidur di bilik sebelah sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal siasat, suspek berkata, dia mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki dan menyembunyikannya di dalam bilik. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menembak wanita itu.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas peluru senapang patah itu dikeluarkan dari paha dan perutnya dalam satu pembedahan di hospital.

Dia kemudian memfailkan perintah perlindungan kecemasan daripada Mahkamah Daerah Yilan. – CARI

Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-7-2023 09:00 AM
dah nak mmpos pon cmburu lagi. sama cam pakcik aku dah tua2 cerai dia tduh bini dia skandal ngn laki lain
Quote Decaffeinated 13-7-2023 03:42 PM
Skandal lawan skandal lah

Ka sebab dah tak laku?
Quote Simunggu 13-7-2023 03:50 PM
sudah tua pun mcm ni lagi...mesti nyanyok ni ingat dia masih 29
Quote krustykrab 13-7-2023 03:51 PM
Nyanyuk ni orgtua jantan ni..lps tu baran.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.162001 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top