CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Lelaki Kejar-Mengejar Dengan Polis Empat Kilometer Selepas Pecah Masuk Tadika

12-7-2023 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 335| Komen: 1

Tiga lelaki dipercayai terbabit kejadian memecah masuk sebuah tadika di Taman Heawood, di Sungai Siput Ahad lalu, diberkas.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 29 tahun itu diberkas di Taman Tun Sambanthan selepas dikejar polis sejauh empat kilometer.


Video kejadian berdurasi 45 saat itu tular di media sosial Tiktok dengan memaparkan kenderaan polis mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna kuning.


KERETA dinaiki tiga penjenayah yang ditahan di Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput selepas dipercayai memecah masuk sebuah tadika, Ahad lalu. - UTUSAN

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, polis ke lokasi kejadian dan menjumpai kereta tersebut sebelum mengarahkan pemandu berhenti untuk pemeriksaan.


“Bagaimanapun, pemandu enggan berhenti dan memaksa polis mengejar sejauh empat kilometer sebelum berjaya menahan kereta itu di Taman Tun Sambanthan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menemui barang-barang elektrik dan peralatan disyaki digunakan dalam kejadian pecah tadika,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek memiliki rekod bersabit kes jenayah dan dadah selain positif dadah.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman lima hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kejayaan ini adalah hasil maklumat yang disalurkan orang awam melalui hotline Pusat Kawalan Daerah (DCC) dan tindakan pantas unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 12-7-2023 07:04 PM
Nak pecah masuk tadika, apa lah yg ada sgt dlm tadika tu.....pencil warna, crayon, manila card ada lahh.....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.031904 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top