CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Majikan Dibunuh Dengan Pisau Dan Pedang Kerana Dendam Pekerja

12-7-2023 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 410| Komen: 2

Dua majikan sebuah syarikat teknologi di bandar Bengaluru, India dibunuh seorang bekas pekerja angkara dendam.

Wion News semalam melaporkan, suspek dikenali sebagai Felix dilaporkan memasuki pejabat Aeronics Internet terletak di Amrutahalli, timur laut Bengaluru sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) semalam. 



Felix melarikan diri selepas membunuh bekas majikannya. - Wion News

Dia dilaporkan menikam kedua-dua mangsa menggunakan pisau dan pedang ketika mereka berada di dalam pejabat. 

Akhbar The Free Press Journal mendedahkan identiti dua mangsa iaitu Pengarah Urusan, Phanindra Subramanya dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vinu Kumar.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Felix sebelum ini berhenti kerja dari syarikat itu untuk memulakan perniagaan sendiri. Bagaimanapun, dia didakwa menyimpan dendam terhadap Phanindra kerana menentang keras amalan kerjanya yang tidak dinyatakan.


Polis telah memulakan siasatan untuk menahan suspek yang kini melarikan diri. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-7-2023 11:10 AM
Mesti KPI selalu dpt N.I. (need imporvement) dan tak dpt bonus selalu khuenz... ekekeke
Quote supernaturalee 13-7-2023 11:51 AM
the suspect is still at large

dendam ni tu lah
blh trigger anytime
blh bwk smpi berpuluh tahun jgk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106531 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top