CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota APM Beremosi Cari Keluarga Sepupu Mangsa Jeram Mawar

12-7-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 779| Komen: 2

KEMAMAN – Tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih yang mengorbankan 10 nyawa pada 1 Julai lalu meninggalkan memori hitam buat seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang juga waris keluarga mangsa.


Muhammad Iman Zulhakim Zamri, 29, yang merupakan anggota APM Hulu Terengganu berkata, dia yang baru bertugas sembilan bulan dengan agensi tersebut tidak menyangka perlu bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat ahli keluarganya sendiri.

Foto: Kosmo

“SAR kali ini agak sukar buat saya kerana yang terlibat ialah ibu dan bapa saudara serta tujuh sepupu saya dan seorang bakal ahli keluarga kami.

“Setiap kali mayat mangsa mereka ditemui, hati saya sangat tersentuh. Begitupun saya perlu kuat emosi dan fizikal serta tidak boleh terlalu larut dalam kesedihan demi tanggungjawab sebagai anggota APM,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Muhammad Iman Zulhakim berkata, meskipun batinnya kuat mahu terus mencari mangsa terakhir, Putri Nor Fatin Karim, 14, sehingga dijumpai namun dia perlu akur dengan keputusan pihak atasan.


Begitupun, dia yakin jasad sepupunya yang amat rapat dengannya sejak kecil itu akan dapat juga ditemui suatu hari nanti.

“Ahli keluarga kami tetap setia menunggu kepulangannya meskipun dah 11 hari tragedi itu berlaku. Sebenarnya rumah kami di Felda Lepar 3, Gambang, Pahang terletak berhampiran. Keluarga kami amat rapat cuma saya agak kurang berhubung dengan mereka sejak berpindah ke Hulu Terengganu untuk bertugas sebagai anggota APM pada sembilan lalu,” katanya.

Kosmo! 4 Julai lalu melaporkan Azizah, 40, bersama suami, Karim Abdullah, 39, dan tujuh anak mereka berusia empat hingga 18 tahun serta seorang bakal menantu lelaki terlibat dalam kejadian kepala air sewaktu beriadah di Jeram Mawar. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-7-2023 09:00 AM
dapt bygkan prasaan dia semoga tabah
Quote nanasno 13-7-2023 04:57 PM
kesian nya . dia kena pegi trauma kaunseling la.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.028291 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top