CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila Ibu Budak Lelaki Digigit Guru Nak Buat Laporan Polis?

12-7-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 396| Komen: 0

Polis memaklumkan ibu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang digigit seorang guru di sekolah pada Khamis lalu masih belum membuat sebarang laporan berhubung kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil semakan yang dilakukan melalui Ketua Polis Daerah mendapati, tiada sebarang laporan diterima setakat ini.



Muhamad Zaki. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

“Sehubungan itu, ibu berkenaan diminta untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan pihak polis menyiasat dakwaan tersebut. Sekiranya dia ingin mengambil tindakan lanjut (undang-undang), laporan polis perlu dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, budak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa gigitan gurunya masih trauma selain sering mengamuk dan hilang selera makan selepas kejadian itu berlaku di sekolahnya pada Khamis lalu.


Ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Eyma Zaideen berkata, pada mulanya dia tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anak ketiga dari-pada empat beradik itu.

“Ketika tiba di rumah pada Khamis lalu, anak saya menangis sebelum mengadu dia tidak mahu lagi ke sekolah kerana gurunya menggigit bibir dan menarik mulutnya,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.030235 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top