PU Syed langsung tak terkesan dengan tuntutan saman yang difailkan oleh penyanyi Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah sebelum ini. Pihaknya tetap dengan pendirian menegakkan kebenaran dan menegur sesuatu yang salah mengikut sudut agama.
"InsyaAllah, hak beliau untuk menyaman. "Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran," katanya kepada mStar. Sementara itu, Syed memberitahu dia baharu mengetahui mengenai tuntutan itu selepas dihubungi mStar pada petang Rabu. Syed bagaimanapun menganggap perkara ini sebagai satu ujian dalam mencegah kemungkaran yang boleh mencemarkan nama Islam. "Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.
"Para anbiya dan salafuna soleh... ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak! "Kita di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram. Terdahulu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memfailkan saman terhadap dua individu iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor. Menurut peguam yang mewakili penyanyi berkenaan iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan. Shima bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan. Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang. Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon itu menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu. Sementara itu, PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah Shima dengan menuduh penyanyi berkenaan tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert. Kata PU Syed lagi, Shima boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. -CARI Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 12-7-2023 06:47 PM
kaka dah cop team baby shima... semoga dua penunggang tersangkak suka menempel tu di humban ke dalam ...
Pujangga22 replied at 12-7-2023 07:21 PM
PU Syed ni dari dulu lagi xabis2 cari pasal ngan Baby Shima...semua nak tegur..smpai ke PM..terpal ...
Binodino replied at 12-7-2023 09:58 PM
Tak sekarang ni aku tak paham apsal si syed ni suka cari pasal dengan si baby shima ni? Kau berkenan ...
nubook replied at 12-7-2023 11:55 PM
Mohon pu tegur juga pihak yg buat konsert gv, big stage etc. Ni pun kategori lagha. Konsert ella har ...
Suchi replied at 12-7-2023 11:07 PM
Depa ni taktau kot org laki membirah lagi dasat skrg ni bukan takat birah ngn pompuan tp ngn lelak ...
ADVERTISEMENT