View: 2441|Reply: 36
|
PU Syed Tak Kisah Langsung Baby Shima Nak Saman! Anggap Ujian Cegah Kemungkaran
[Copy link]
|
|
PU Syed langsung tak terkesan dengan tuntutan saman yang difailkan oleh penyanyi Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah sebelum ini.
Pihaknya tetap dengan pendirian menegakkan kebenaran dan menegur sesuatu yang salah mengikut sudut agama.
Foto: mStar
"InsyaAllah, hak beliau untuk menyaman.
"Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Syed memberitahu dia baharu mengetahui mengenai tuntutan itu selepas dihubungi mStar pada petang Rabu.
Syed bagaimanapun menganggap perkara ini sebagai satu ujian dalam mencegah kemungkaran yang boleh mencemarkan nama Islam.
"Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.
"ara anbiya dan salafuna soleh... ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak!
"Kita di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Terdahulu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memfailkan saman terhadap dua individu iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.
Menurut peguam yang mewakili penyanyi berkenaan iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Shima bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.
Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang.
Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon itu menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.
Sementara itu, PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah Shima dengan menuduh penyanyi berkenaan tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.
Kata PU Syed lagi, Shima boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
PU Syed ni dari dulu lagi xabis2 cari pasal ngan Baby Shima...semua nak tegur..smpai ke PM..terpaling maksum
|
|
|
|
|
|
|
|
khennn... tu yang hangin jah baby shima...
dah ler bab2 geng dia buat hal senyap tak berkutik...
elok lah kena saman...
semoga kemenangan ke atas pihak baby shima..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lobai² produk tv ni kalo x klem semakam ngn anbiya dan ulamak salafus soleh xboleh ek?
Ko bcakaran ngn retis sendu je pon.
Pui.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 nanti jangan mintak derma netizen pulak nak bayar lawyer fee dgn saman... Dengan ayat2 netizen yg menderma ibadat berjihad menentang kemungkaran & kebatilan.... |
|
|
|
|
|
|
|
pu ni mmg pegang portfolio meja hiburan eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon berputik rasa cinta antara dua insan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sekarang ni aku tak paham apsal si syed ni suka cari pasal dengan si baby shima ni? Kau berkenan nak jadikan dia bini bernombor kau cakap je terus terang. Mana tau kau boleh bentuk dia dari pakai seksi2 terus berkelubung macam jahlop.
Yang orang laki kau taknak pulak tegur. Padahal ramai je jantan2 dok pakai seksi2 dedah body macam yang jual deghian tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saman je rider ni baby shima..suka sangat menempel hal remeh temeh retis..gila glemer |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu baby shima takde nk bitter ngn geng lobai tp sejak asik dia kena tembak je maka tersakiti la jugaa
Kalau tegur elok2 secara DM tanpa jatuhkan air muka org tu iols rasa minah tu ok je mana tau buat dia bertambah dekat ngn geng2 lobai.
Tp cara korang tegur dia dgn kata2 kesat buat dia makin melawan dan jauh dr agama.
Kita nak suh org berubah ke apa kena tunjuklah akhlak yg baik buat dia makin nk dekat ngn kita, rasa selesa nak bergaul sbb kita tak menilai dia, tak label itu ini suka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 12-7-2023 09:58 PM
Tak sekarang ni aku tak paham apsal si syed ni suka cari pasal dengan si baby shima ni? Kau berkenan ...
Depa ni taktau kot org laki membirah lagi dasat skrg ni bukan takat birah ngn pompuan tp ngn lelaki pun sama.
Bersepah2 kat socmed ni sengaja post gambar2 yg mengundang nk umpan abam gayah kuar dr lemari.
Takda sapa tegur, cuba kalau pompuan berbakul2 kena kutuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau geng2 dia terus telur kena picit. Kalau pakai baby shima hidup engkau hentam org tu.
Hari2 ko ajak netizen caci dia. Berakhlak sgt le ko |
|
|
|
|
|
|
|
Matanya cuma tertumpu pada artis seksi saja sedangkan kemungkaran lain diam |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon pu tegur juga pihak yg buat konsert gv, big stage etc. Ni pun kategori lagha. Konsert ella haritu pun jatuh dlm kategori lagha. Kalau salah patik minta ampun ye |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bebi sima gelek depan pu ni
Mencegah kemungkaran konon phuiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada hati dgn bebishima ke pon. |
|
|
|
|
|
|
|
nubook replied at 12-7-2023 11:55 PM
Mohon pu tegur juga pihak yg buat konsert gv, big stage etc. Ni pun kategori lagha. Konsert ella har ...
ella aritu dia ada tegur tak? kalau tak tegur mmg saja cari pasal dgn BS. Nak tegur ,biar semua la kena tegur baru la boleh claim sb agama . Ni memilih2. PohSyed yg ada kes tu tak tegur. shiyalll.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia syok kat Babyshima mungkin macam korang cakap tu. Masalah asyik nak stalk dan tengok semua pasal BS. Pastu mungkin naik stim? Tersedar benda dia buat dosa tapi salahkan BS sebab bagi dia buat dosa. LOLLL |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 12-7-2023 11:07 PM
Depa ni taktau kot org laki membirah lagi dasat skrg ni bukan takat birah ngn pompuan tp ngn lelak ...
Kan? Kalau nak tegur, tegur semua yang buat maksiat. Jangan pilih2. Bukannya dia sorang yang buat maksiat. Ramai lagi yang buat kenapa tak tegur je semua, kalau betul katanya nak cegah maksiat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|