Walaupun keadaan kesihatan ibunya kurang baik namun ia tidak menganggu emosi dan perjalanan karier seni penyanyi Khai Bahar. Khai kata dia tetap akan memantau keadaan ibunya iaitu Rosnah Muhammad yang kini sedang menerima rawatan di kampung halaman di Perlis.
“Ibu saya sekarang berada di Perlis sebab mudah untuk dia jalani rawatan dialisis sebab kemudahan semuanya dekat dan senang... ada juga keluarga yang turut memantau keadaan dia sekarang ini. “Walaupun sibuk dengan urusan kerja di bandar tapi saya akan tetap pulang ke kampung halaman dan boleh dikatakan setiap bulan akan jenguk ibu malah bulan ini saja hampir tiga kali saya pulang ke Perlis.
|
mamajawie replied at 13-7-2023 11:39 AM
bkn dia org sarawak ke?
rayna_raynes replied at 13-7-2023 03:11 PM
Taklah. DIa org perlis. Kat sarawak dulu dia ikut 'kawan' gitu
ADVERTISEMENT