View: 1136|Reply: 8
|
Ibu Sakit, Khai Bahar Ulang Alik 3 Kali Sebulan KL-Perlis
[Copy link]
|
|
Walaupun keadaan kesihatan ibunya kurang baik namun ia tidak menganggu emosi dan perjalanan karier seni penyanyi Khai Bahar.
Khai kata dia tetap akan memantau keadaan ibunya iaitu Rosnah Muhammad yang kini sedang menerima rawatan di kampung halaman di Perlis.
Foto: IG
“Ibu saya sekarang berada di Perlis sebab mudah untuk dia jalani rawatan dialisis sebab kemudahan semuanya dekat dan senang... ada juga keluarga yang turut memantau keadaan dia sekarang ini.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja di bandar tapi saya akan tetap pulang ke kampung halaman dan boleh dikatakan setiap bulan akan jenguk ibu malah bulan ini saja hampir tiga kali saya pulang ke Perlis.
“Alhamduilah walaupun keadaan ibu kurang sihat namun ia tidak menjejaskan emosi mahupun kerja saya setakat ini dan saya mampu mengawalnya dengan baik lagi pun memang tanggungjawab sebagai seorang anak,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Khai juga merupakan salah seorang finalis yang tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke -35 Harian bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga ibu khai sihat2 sahaja dan di permudahkan urusan rawatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ibu khai cepat sihat |
|
|
|
|
|
|
|
anak solehah semoga dipermudahkan urusan khai ya |
|
|
|
|
|
|
|
dulu iols tak minat khairina bahariah ni. lepas dia pakai seluar ketat silver tu terus iols minat sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Taklah. DIa org perlis. Kat sarawak dulu dia ikut 'kawan' gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
oh dialisis ke. kesiannya.mmg kena ada yg jaga |
|
|
|
|
|
|
| |
|