CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Lebat Di India, Status 12 Rakyat Malaysia Tak Diketahui

12-7-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 886| Komen: 7

Usaha Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India dengan pihak berkuasa tempatan dipergiat bagi mengesan 12 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi di negara itu.

Wisma Putra berkata, usaha itu dijalankan susulan laporan sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi keluarga masing-masing berikutan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai 2023.


Keadaan salah sebuah kawasan di Wilayah Utara India yang terjejas akibat kejadian banjir

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Katanya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India boleh dihubungi menerusi talian +91 85955 50594 atau e-mel [email protected].

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yg dikunjungi.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.



Sebelum ini, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 31 orang maut di negeri Himachal Pradesh akibat fenomena hujan lebat, manakala ratusan pelancong terkandas di daerah Lahaul-Spiti dan Mandi. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-7-2023 09:04 AM
Dengar radio Kool 101 tadi katanya hanya 10 org bukan 12 org dan semuanya selamat. Alhamdulillah.
Quote Simunggu 13-7-2023 09:18 AM
tak apa..mati 1 ada lagi 100 org india ni
Quote ifanonline 13-7-2023 09:41 AM
KamikuP replied at 13-7-2023 09:04 AM
Dengar radio Kool 101 tadi katanya hanya 10 org bukan 12 org dan semuanya selamat. Alhamdulillah.

kalau 10 orang tu india, biaq pi la hilang di telan banjir
Quote hareeeesah 13-7-2023 09:45 AM
Sound background pun citer tamil habis…
Quote TOPwind 13-7-2023 10:28 AM
Simunggu replied at 13-7-2023 09:18 AM
tak apa..mati 1 ada lagi 100 org india ni

salah tu

1 k lah
Quote Decaffeinated 13-7-2023 12:00 PM
KamikuP replied at 13-7-2023 09:04 AM
Dengar radio Kool 101 tadi katanya hanya 10 org bukan 12 org dan semuanya selamat. Alhamdulillah.

Wartawan cari ni bukan reti update tajuk.

Tahun depan ada spammer up kan benang status orang hilang masih sama. Zaman dulu2 mod boleh merge, lock etc forum lebih functional sekarang ni it's all about views.


Quote She-Ra 13-7-2023 12:10 PM
KamikuP replied at 13-7-2023 09:04 AM
Dengar radio Kool 101 tadi katanya hanya 10 org bukan 12 org dan semuanya selamat. Alhamdulillah.

alhamdulillah..
risau jgk ni, minggu dpn ke india juga, trekking belah2 kashmir great lakes
doakan semuanya dipermudah dan cuaca ok..

mmg dh tanya dgn agent sana, dorang kata semua ok
harapnya masa tiba nanti, cuaca ok..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050019 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top