Baby Shima memfailkan saman terhadap Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor. Peguam mewakili penyanyi berkenaan iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan
Menurutnya, tindakan saman terhadap dua individu itu berkait ucapan kata-kata fitnah terhadap anak guamnya sebelum ini. "Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya seperti dipetik di mStar. Sementara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli enggan mengulas lanjut kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.
Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang.
|
ADVERTISEMENT