CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 9

Dituduh Macam-Macam, Baby Shima Saman PU Syed Dan Ketua Pemuda PAS Kuantan!

[Copy link]
Post time 12-7-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Baby Shima memfailkan saman terhadap Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.


Peguam mewakili penyanyi berkenaan iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan


Menurutnya, tindakan saman terhadap dua individu itu berkait ucapan kata-kata fitnah terhadap anak guamnya sebelum ini.




Foto: mStar




"Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya seperti dipetik di mStar.


Sementara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli enggan mengulas lanjut kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.


Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang.


  



Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon itu menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.


Sementara itu, PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah Shima dengan menuduh penyanyi berkenaan tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.


Kata PU Syed lagi, Shima boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 06:22 PM | Show all posts
omg omg semoga baby shima menang

kaka team baby shima yach... buatpe nak team yang tak herlok dan kerja menunggang agama demi nak menempel populariti

sesi berjemaah beliak2 bijik mata nak hantar ain pada orang yang di saman bermula hari ini...

team nana sendayan saman 3 artis tersangkak
team baby shima saman 2 penunggang tersangkak

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:00 AM | Show all posts
Moga baby Shima menang.. PU ni tak habis2 cerca baby Shima.. syok dlm diam kah? ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:13 AM | Show all posts
team simahhhh bebi kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Penonggeng agama pu shit
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
It's time la.
Dia tu mcm ada issue yg tak settle dgn si Shima ni.
Memang mendapatlah.
Saman je Shima.
Acik porem doakan Shima menang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2023 09:47 AM | Show all posts
Heols PU yang tersakiti ke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:48 AM | Show all posts
semoga berjodoh.. bergaduh la korang dlm bilik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 10:00 AM | Show all posts
Team Shima. Diorang ni memang mulut puaka..buang je serban tu..buat malu islam je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebi Shima pernah reject PU ke suatu masa dulu.dia target bebi shima tak de penghujungnya. Nora Danish, Yasmin Hani semua tu tak pulak dia aim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045349 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list