CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihantar Rumah Nenek Tiba-Tiba Menangis Dan Tingkah Laku Tak Terkawal- Ibu Diberkas, Bayi 10 Bulan Positif Dadah

12-7-2023 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1207| Komen: 10

Taiping: Seorang wanita  diberkas polis selepas bayi perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine and methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, penahanan itu dilakukan selepas mendapat laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.


"Bayi berkenaan dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibu mangsa berusia 22 tahun kerana ingin membeli barang.

"Ketika mahu tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gambar Hiasan

Razman berkata, susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang juga suri rumah dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.


Difahamkan bayi berkenaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 12-7-2023 06:26 PM
Boleh transfer melalui breastfeed ke? Macam mak mak makan benda berangin, anak kembung perut.
Quote rosedemon 13-7-2023 09:00 AM
lehnatt btol la sian baby kang xpasal otak dah rosak pastu bila rosak besar sikit trus mkn dadah jgk
Quote Simunggu 13-7-2023 09:01 AM
bayi biasa high ni..
Quote Cassieopeia 13-7-2023 11:27 AM
mak2 muda ni kalo tak puas hidup tak payah beranakla, tp mcm mane anak tu boleh positif tu?
Quote cmf_PariS 13-7-2023 11:29 AM
teramik tak masuk mulut.. sbb budak kan suka merasa2.. mak ni harom
Quote pocongkiutss 13-7-2023 11:31 AM
Eh celakanya mak bapak budak ni

Kesiannya baby ni..macamana ni kecik2 lagi dh kena macam ni
Quote adila39 13-7-2023 11:33 AM
sila cepat mereput, once penagih mmg akan menyusahkan org lain. Baby tu bagi la kat keluarga yg boleh jaga dengan baik.
Quote Decaffeinated 13-7-2023 03:35 PM
Macam mana gaya baby masa high yang dikatakan tidak terkawal tu?
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:13 AM
ksiannya bby tu
Quote prizadane 31-7-2023 08:26 AM
ellZack replied at 12-7-2023 06:26 PM
Boleh transfer melalui breastfeed ke? Macam mak mak makan benda berangin, anak kembung perut.

Could be juga. Tapi iols speku mak muda gini pemalas nak breastfeed anak. Maybe dia letak je drugs tu atas katil. Dapat kat baby, umur camni suka menjilat dan masuk mulut je apa apa pun.

Wonder tak boleh ke KKM tukar hak penjagaan budak ni kepada orang lain since mak tak fit jaga anak?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036134 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top