CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 7 Tahun Hilang Terjatuh Dalam Sungai- Di Mana Jasadmu Ammar? SAR Dihentikan Selepas 7 Hari Tak Jumpa

12-7-2023 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1360| Komen: 13

Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari kanak-kanak lelaki yang hilang terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali di sini, sejak tujuh hari lalu menemui jalan buntu dan terpaksa ditamatkan semalam.


SAR mangsa, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa, tujuh tahun, sebelum ini dilakukan sejak 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 7.20 malam selepas tujuh hari pencarian.

Foto: Harian Metro

"Pos Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di lokasi kejadian juga ditamatkan sepenuhnya.

"Bagaimanapun, operasi pencarian akan tetap diteruskan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam skala kecil.

"Ini bagi memfokuskan di lokasi tertentu," katanya.

Ahmad Faizal berkata, setakat ini operasi SAR sudah dilakukan sejauh 32 kilometer sehingga ke perangkap sampah di Bestari selain menyusuri Sungai Selangor dari lokasi kejadian.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada ibu bapa dan penjaga supaya tidak membiarkan anak masing-masing berada di luar rumah tanpa pengawasan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung mangsa diminta untuk menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641132," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit, Ahmad Ammar Akhtar dikatakan terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya yang terjatuh.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu kemudian dibawa arus deras. -CARI

Sumber: Haria Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 12-7-2023 06:04 PM
Bkn la bdk ni terjatuh, selipa terjatuh dia terjun nk ambil.. 7thn x la besar mana lg
Quote Thunderclouds 12-7-2023 06:14 PM
Tggu khabar jugak pasal ni.
Kesian sgt.
Allahuakbar.
Xleh byg perasaan makAyah dia.
Harap² jumpa.
Walau xkenal personal tp kenal dr jauh.
Quote liyamariska 12-7-2023 07:27 PM
aritu cite sal kematian sbb kepala air, pastu baby lemas akibat kecuaian bapa ketika berkayak, yg ni lak tak jumpa2 mangsa... cm ada sesuatu yg ai cuba nk faham...
Quote jepp 12-7-2023 08:41 PM
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit, Ahmad Ammar Akhtar dikatakan terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya yang terjatuh.

Terjatuh kan.. Atau tergelincir.. Bukannya terjun..

Atas tulis lain bawah lain..

Saya masih mengharapkan ada keajaiban, Ammar dijumpai..Amin
Quote immi 12-7-2023 09:59 PM
liyamariska replied at 12-7-2023 07:27 PM
aritu cite sal kematian sbb kepala air, pastu baby lemas akibat kecuaian bapa ketika berkayak, yg ni ...

Yg kepala air tu pun ada 1 lg lom jumpa. Semua pasal air je ni
Quote Suchi 12-7-2023 11:17 PM
hareeeesah replied at 12-7-2023 06:04 PM
Bkn la bdk ni terjatuh, selipa terjatuh dia terjun nk ambil.. 7thn x la besar mana lg

Tp ramai je yg dah biarkan anak2 umur gini main sendiri lelagi kalau anak ramai dan budak tu pun ada adik2 lg kat bawah.
Anak2 sepatutnya hanya bleh kuar main bila ibubapa bawak depa kuar je.
Gasakla org nak kata apa..
Apa2 jadi nnt org pertama akan dipersalahkan mak pak bukan acik2 bawang.
Quote supernaturalee 13-7-2023 08:54 AM
Suchi replied at 12-7-2023 11:17 PM
Tp ramai je yg dah biarkan anak2 umur gini main sendiri lelagi kalau anak ramai dan budak tu pun a ...

mungkin dh tiba masa undang2 sedia ada btl2 dikuatkuasakan


Quote noor2 13-7-2023 08:57 AM
...moga adik ni dijumpai
Quote rosedemon 13-7-2023 08:59 AM
saman mak pak sbb cuai tp yelah mana nak tau dah nasib kan
Quote grouper 13-7-2023 09:11 AM
liyamariska replied at 12-7-2023 07:27 PM
aritu cite sal kematian sbb kepala air, pastu baby lemas akibat kecuaian bapa ketika berkayak, yg ni ...

Isu dia sama je iaitu ilmu survival..klau ada ilmu survival paling penting keselamatan diri. Bila p tempat ada air mcm sungai atau laut automatik kena ada perasaan risk assessment atau penilaian risiko. Sbb tu elok sekali sekala joint aktiviti outdoor yg ajar survival skill ni utk tambah ilmu kepada org dewasa dan kanak2.  
Quote hareeeesah 13-7-2023 09:21 AM
Suchi replied at 12-7-2023 11:17 PM
Tp ramai je yg dah biarkan anak2 umur gini main sendiri lelagi kalau anak ramai dan budak tu pun a ...

Btul… Yg iols biasa nmpk blk skolah bdk tu blk jln kaki sendiri.. kt yg risau tgk mcm mana la mak pak dia boleh fikir biar dia jln sendiri even kwsan taman. What if…. Org x sihat dh la ramai zmn skrg. Kalau bdk flat lg la yg jln pegi kedai sendiri turun naik lif sorg mcm-mcm bole jd
Quote Cassieopeia 13-7-2023 11:24 AM
alahai kesiannya.. rumah dia kt tepi sungai ke? tak heboh lak kes ni
Quote AcikCleaner 13-7-2023 01:26 PM
Semoga pihak bomba jumpa adik ni..kecik lagi, baru 7 tahun

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050621 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top