CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ala Pak Arab Masuk Showroom Bawa Dulang Duit, Naik Angin Ditunjukkan Kereta RM2.78 Juta, Nak Yang Lagi Mahal

12-7-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 891| Komen: 3

Seorang lelaki ditahan gara-gara video komedi memaparkan dia berpakaian seperti 'Pak Arab' dan berpura-pura membeli kereta mewah menggunakan wang tunai.

WAM melaporkan, penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu didakwa menyiarkan 'propaganda yang mencetuskan pandangan umum dan membahayakan kepentingan awam'.


Penahanannya diarahkan oleh Pendakwaan Persekutuan untuk Membanteras Khabar Angin dan Jenayah Siber. Dia juga didakwa menerbitkan kandungan yang menghina masyarakat UAE.


Foto: WAM

Menurut WAM, lelaki itu yang berasal dari sebuah negara Asia dirakam memakai jubah tradisional warga UAE ketika memasuki bilik pameran kereta mewah, dengan dua pembantunya membawa dulang besar berisi wang tunai.

Bercakap dalam bahasa Inggeris dengan loghat Arab, dia meminta kereta dengan harga paling mahal tetapi kemudian menolaknya, dengan alasan harga 2.2 juta dirham (RM2.78 juta) tidak cukup mahal.


"Saya nak yang mahal, saudara," katanya sambil melemparkan duit kopi kepada pembantu premis dan memesan empat kereta mahal termasuk Rolls-Royce dalam masa beberapa saat.

Video itu dianggp mendedahkan ketidaksopanan dan kurang menghargai nilai wang, dengan cara mempromosikan imej mentaliti yang salah dan menyinggung perasaan warga Arab dan mengejek mereka, menurut laporan WAM.

Pejabat Pendakwa Raya juga memanggil pemilik bilik pameran kereta itu dan menggesa pengguna media sosial untuk mempertimbangkan nilai dan ciri-ciri kemasyarakatan tempatan bagi mengelak daripada tindakan undang-undang.

Undang-undang UAE menentang penyebaran khabar angin dan maklumat palsu dengan kawalan ketat. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-7-2023 08:58 AM
contentttttttttttttttttttttttttttttttt tp mmg pak arab slalu perangai palat kan
Quote KamikuP 13-7-2023 10:32 AM
Dirham ke riyal ek?
Quote vespa_oren 13-7-2023 11:09 AM
ada aku tgk video dia, lakonan jer k

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.159354 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top