Kemesraan ditunjukkan isteri pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie Hanifiah terhadap anak-anak tirinya memang tidak disangkal lagi. Malah, layanan baiknya terhadap mereka turut menerima pujian netizen.
Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Watie, 35, dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut. Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita. "Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak... biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja. "Matin kenapa awak nak merajuk... Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk," katanya. Dalam rakaman itu, Watie dilihat terus memujuk Matin dengan menyanyi bersama. Namun, anak lelaki penyampai radio berkenaan masih lagi menangis menunjukkan rasa tidak puas hati. "Janganlah menangis... Dia merajuk sekarang. Mummy menyanyi dengan awak pula. "Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama," pujuk Watie.
|
DeLuna85: Dia mmg sungguh2 nak bgtau dia ...
giyomi replied at 12-7-2023 07:18 PM
bukan kah dulu netijen cerca...sekarang dah puji2 lak...hmmm bagus lah. akak pon bosan asik2 citer d ...
ADVERTISEMENT